🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣
REVIVAL : Book of remembrance 
Malachi 3:16  Then those who feared the LORD spoke to one another, And the LORD listened and heard them; So a book of remembrance was written before Him For those who fear the LORD And who meditate on His name.
Maleakhi 3:16 (AVB)  Kemudian orang yang takut kepada TUHAN berbicara antara satu sama lain. TUHAN memperhatikan dan mendengarkannya, lalu sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang yang takut kepada TUHAN dan yang memuliakan nama-Nya.
Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #237. Tahukah anda bahawa sebuah kitab peringatan ditulis di hadapan-Nya bagi orang yang takut kepada TUHAN? Tuhan berjanji untuk memelihara suatu catatan kekal di sorga dari orang-orang yang menghormati dan takut akan Dia dengan hidup setia di hadapan-Nya; mereka tidak akan dilupakan. Bagian ini meyakinkan kita bahwa Allah memperhatikan dan mencatat kesetiaan dan kasih kita kepada-Nya. Bila kita berdiri di hadapan-Nya di sorga, Ia akan mengingat ketekunan pengabdian kita dan berlaku terhadap kita sesuai dengan pengabdian itu.
🍞 ☕ Ayat ini menunjukkan bahawa Tuhan bukan sahaja melihat perbuatan besar kita, tetapi juga percakapan dan sikap hati kita. Bahkan perbualan orang yang menghormati Dia tidak terlepas daripada perhatian-Nya. Tuhan mengingat setiap kata, setiap doa, dan setiap ungkapan iman kita.
✅ 1. Tuhan menghargai orang yang takut akan Dia
Mereka yang hidup dalam takut akan Tuhan sentiasa berhati-hati dalam kata-kata dan tindakan mereka. Tuhan menganggap hal itu berharga di hadapan-Nya.
✅ God treasures those who revere Him.
✅ 2. Perbualan iman tidak sia-sia
Bila orang percaya saling berbicara tentang kebaikan dan kuasa Tuhan, Ia mendengar dan mencatatnya. Setiap perbualan iman kita menjadi kesaksian yang bernilai di hadapan-Nya.
✅ Words of faith are remembered by God, not wasted.
✅ 3. Ada kitab peringatan di hadapan Tuhan
Kitab ini melambangkan bahawa segala kesetiaan, ucapan, doa, dan ibadah orang yang takut akan Tuhan direkodkan. Tuhan tidak melupakan mereka yang menghormati-Nya.
✅ Heaven records every act of reverence and honour to God.
📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini..? 
✅ Jagalah lidah kita, biarlah selalu bercakap yang membangun iman.
✅ Hargai persekutuan dengan orang percaya kerana Tuhan hadir di tengahnya.
✅ Ingat bahawa tiada kesetiaan yang terlepas dari perhatian Tuhan.
👉 Firman Tuhan hari ini mengajar bahawa Tuhan sentiasa memperhatikan umat-Nya yang takut akan Dia. Bahkan percakapan mereka dicatat dalam “kitab peringatan.” Hidup dan kata-kata kita tidak sia-sia, kerana semuanya mempunyai nilai kekal di hadapan Tuhan. Apakah respon kita hari ini..? 
💡 What you speak in reverence for God is never forgotten — it is written before Him for eternity.
You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 
Tuhan Memberkati...!
In His Majestic service,
†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com
** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**
No comments:
Post a Comment