Saturday, January 24, 2026

REVIVAL : Faith that reaches the root.

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


---

REVIVAL : Faith That Reaches the Root

Mark 11:20-22
20 Now in the morning, as they passed by, they saw the fig tree dried up from the roots.
21 And Peter, remembering, said to Him, "Rabbi, look! The fig tree which You cursed has withered away. "
22 So Jesus answered and said to them, "Have faith in God.

Markus 11:20-22 (AVB)
20 Pada pagi esoknya, ketika mereka lalu di situ, mereka melihat pokok ara itu telah layu kering daripada akarnya. 
21 Petrus teringat lalu berseru, “Rabbi, lihat! Pokok ara yang Engkau sumpah itu telah mati.” 
22 Yesus berkata kepada murid-murid-Nya, “Berimanlah kepada Allah. 


---

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian.
Hari yang ke #24. Tahukah anda bahawa qpa yang Yesus ucapkan sehari sebelumnya kini menjadi realiti? Pokok ara itu bukan sekadar layu di luar, tetapi kering sampai ke akar. Petrus terkejut melihat kesannya. Namun Yesus tidak menumpukan perhatian kepada pokok itu—Dia membawa murid-murid kepada satu pelajaran yang lebih dalam: iman kepada Allah.


---

🍞 ☕ Kuasa Firman Tuhan bekerja dari akar, bukan hanya permukaan.
Apa yang kelihatan kecil hari ini boleh menghasilkan kesan yang besar esok hari. Yesus menunjukkan bahawa iman sejati dan Firman yang diucapkan dengan autoriti ilahi akan menghasilkan perubahan yang menyeluruh, walaupun tidak serta-merta kelihatan.


---

📌 Tiga poin utama

1. Firman Yesus menghasilkan kesan yang pasti dan mendalam
Pokok itu mati dari akar—menunjukkan kuasa Tuhan bekerja secara total, bukan sementara.

2. Iman melihat lebih daripada apa yang mata nampak
Murid hanya melihat hasil keesokan hari, tetapi Yesus sudah tahu kuasanya bekerja sejak awal.

3. Fokus Yesus bukan pada mukjizat, tetapi pada iman kepada Allah
“Yesus berkata: Berimanlah kepada Allah.” Mukjizat hanyalah hasil, iman adalah asasnya.


---

📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini..?

✅ Percaya bahawa Firman Tuhan sedang bekerja walaupun belum kelihatan
✅ Jangan menilai kuasa Tuhan berdasarkan masa manusia
✅ Bangunkan iman yang berakar, bukan iman yang cetek

👉 Iman yang sejati tidak panik apabila hasil belum muncul. Ia tahu bahawa Tuhan sedang bekerja di bahagian yang tidak kelihatan. Jika Tuhan bekerja di akar, buah pasti akan muncul. Apakah iman kita hari ini berakar kepada Allah—atau hanya bergantung pada apa yang kita lihat? Apakah respon kita hari ini..? 


---

💭 “Faith trusts God’s work beneath the surface before results appear.”


---

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†=ShErKaRL KuGaN=†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.

No comments: