Monday, March 23, 2026

REVIVAL : Called yet fallen

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


---

REVIVAL : Called Yet Fallen

Luke 6:16  Judas the son of James, and Judas Iscariot who also became a traitor.

Lukas 6:16 (AVB)  Yudas anak Yakobus, dan Yudas Iskariot yang menjadi pengkhianat. 


---

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian.
Hari yang ke #82. Tahukah anda bahawa ayat ini kelihatan ringkas, tetapi mengandungi satu kebenaran yang sangat mendalam dan serious. Yudas Iskariot bukan orang luar? Dia adalah salah seorang daripada dua belas murid yang dipilih oleh Yesus sendiri. Dia berjalan bersama Yesus, mendengar ajaran-Nya, melihat mujizat-Nya, bahkan melayani bersama-Nya. Namun akhirnya, dia dikenali dengan satu gelaran yang tragis:

“pengkhianat.” 

Ini menunjukkan bahawa seseorang boleh sangat dekat dengan perkara rohani — tetapi hatinya masih jauh daripada Tuhan.


---

🍞 ☕ Kedekatan tidak menjamin kesetiaan. Yudas mempunyai peluang yang luar biasa, tetapi dia gagal menjaga hatinya. Pelayanan luar tidak semestinya mencerminkan keadaan hati di dalam. Tuhan tidak hanya melihat apa yang kita lakukan, tetapi siapa kita di dalam. Kesetiaan bukan ditentukan oleh posisi, tetapi oleh hati yang terus setia kepada Tuhan.


---

📌 Tiga poin utama

1. Panggilan Tuhan adalah anugerah, tetapi kesetiaan adalah pilihan
Yudas dipanggil, tetapi dia memilih jalan yang salah.

2. Kedekatan dengan perkara rohani tidak menjamin hubungan yang benar dengan Tuhan
Seseorang boleh dekat secara luaran, tetapi jauh secara dalaman.

3. Hati perlu dijaga setiap hari
Kejatuhan tidak berlaku secara tiba-tiba, tetapi bermula dari hati yang tidak dijaga.


---

📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini..?

✅ Jagalah hati kita lebih daripada sekadar pelayanan luar
✅ Setialah kepada Tuhan dalam perkara kecil setiap hari
✅ Jangan ambil ringan hubungan kita dengan Tuhan

👉 Soalan penting bagi kita hari ini ialah:

Adakah kita hanya “dekat” dengan perkara Tuhan —
atau kita benar-benar hidup dalam kesetiaan kepada-Nya?

Apakah respon kita hari ini..?


---

💭 “Being close to Jesus physically does not guarantee faithfulness spiritually.”


---

You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†=ShErKaRL KuGaN=†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.

No comments: