🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣
---
REVIVAL : The Kiss of Betrayal
Luke 22:47 And while He was still speaking, behold, a multitude; and he who was called Judas, one of the twelve, went before them and drew near to Jesus to kiss Him.
Lukas 22:47 (AVB) Ketika Yesus masih berkata-kata, sekumpulan orang datang. Yudas, salah seorang dua belas murid-Nya memimpin mereka. Dia menghampiri Yesus untuk mencium-Nya.
---
Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #156. Tahukah anda bahawa dalam ayat ini, kita melihat satu peristiwa yang sangat menyediakan? Yudas, salah seorang daripada dua belas murid yang paling dekat dengan Yesus, datang bukan sebagai sahabat yang setia, tetapi sebagai pengkhianat. Lebih menyedihkan lagi, dia menggunakan satu simbol kasih dan persahabatan — ciuman — sebagai tanda untuk menyerahkan Yesus kepada musuh-musuh-Nya. Perbuatan ini mengingatkan kita bahawa tidak semua yang kelihatan rohani atau penuh kasih di luar mencerminkan keadaan hati yang sebenar.
---
🍞 ☕ Tuhan melihat apa yang tersembunyi di dalam hati. Yudas berjalan bersama Yesus selama bertahan-tahun. Dia mendengar ajaran yang sama, melihat mukjizat yang sama, dan menerima kasih yang sama seperti murid-murid lain. Namun sedikit demi sedikit, hatinya menjauh daripada Tuhan. Ayat ini menjadi peringatan bahawa hubungan dengan Tuhan bukan sekadar kedekatan luaran atau aktiviti rohani. Yang paling penting ialah kesetiaan hati kepada Kristus. Tuhan tidak melihat penampilan semata-mata; Dia melihat motivasi, kasih, dan ketaatan yang sebenar di dalam hati kita.
---
📌 Tiga poin utama
1. Kedekatan dengan perkara rohani tidak menjamin kesetiaan
Yudas berada dekat dengan Yesus tetapi hatinya jauh daripada-Nya.
2. Tuhan melihat hati lebih daripada tindakan luaran
Penampilan boleh menipu, tetapi hati tidak dapat disembunyikan daripada Tuhan.
3. Kesetiaan perlu dipelihara setiap hari
Hati yang tidak dijaga boleh perlahan-lahan menjauh daripada Tuhan.
---
📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini..?
✅ Jagalah hati kita lebih daripada sekadar penampilan rohani
✅ Pelihara hubungan yang tulus dan intim dengan Tuhan
✅ Sentiasa memeriksa motivasi dan kesetiaan kita kepada Kristus
👉 Soalan penting bagi kita hari ini:
Adakah kehidupan rohani kita hanya kelihatan baik di luar, atau benar-benar lahir daripada hati yang mengasihi Tuhan?
Adakah kita semakin mendekat kepada Kristus atau secara perlahan-lahan sedang menjauh daripada-Nya?
Apakah respon kita hari ini..?
---
💭 “The greatest danger is not being far from Jesus physically, but being far from Him in the heart.”
---
You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement
Tuhan Memberkati...!
In His Majestic service,
†=ShErKaRL KuGaN=†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com
Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.
No comments:
Post a Comment