🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣
REVIVAL : The Accuser
Zechariah 3:1-2
1 Then he showed me Joshua the high priest standing before the Angel of the LORD, and Satan standing at his right hand to oppose him.
2 And the LORD said to Satan, "The LORD rebuke you, Satan! The LORD who has chosen Jerusalem rebuke you! Is this not a brand plucked from the fire? "
Zakharia 3:1-2 (AVB)
1 Seterusnya aku lihat Imam Besar Yosua yang sedang berdiri di hadapan malaikat TUHAN, sementara Iblis berdiri di sebelah kanannya untuk menuduhnya.
2 Firman TUHAN kepada Iblis, “TUHAN mengherdik engkau, wahai Iblis! TUHAN, yang memilih Yerusalem, mengherdik engkau! Bukankah dia ini sisa kayu yang direnggut dari dalam api?”
Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #212. Tahukah anda bahawa iblis adalah si penuduh yang menuduh orang percaya dengan muslihatnya? Yosua sedang mewakili bangsa Israel di hadapan Allah. Iblis, "si penuduh" berdiri untuk menentangnya, yang menunjukkan bahwa semua halangan dan perlawanan terhadap pembangunan kembali Bait Suci sesungguhnya berasal dari Iblis. Dia masih merupakan musuh kita, "pendakwa saudara-saudara kita" yang berusaha mengalahkan kita.
🍞 ☕ Dalam dunia rohani, kita tidak sedar bahawa kita sentiasa diperhatikan—bukan sahaja oleh malaikat, tetapi juga oleh musuh, Iblis, yang sentiasa mencari peluang untuk menuduh dan mempersalahkan. Namun, ayat ini menunjukkan siapa yang membela kita: TUHAN sendiri.
1. Iblis: penuduh saudara seiman
Iblis berdiri untuk menuduh Imam Besar Yosua. Ini mencerminkan peranannya sepanjang zaman: mengungkit kelemahan dan dosa kita di hadapan Tuhan, seolah-olah kita tidak layak.
2. Tuhan adalah pembela kita
Namun Tuhan tidak membiarkan tuduhan itu berpanjangan. Dia mengherdik Iblis kerana Dia yang memilih dan menyelamatkan umat-Nya. Tuhan berdiri di pihak kita.
3. “Kayu yang direnggut dari dalam api”
Yosua digambarkan sebagai sepotong kayu yang hampir musnah dalam api, tetapi Tuhan menyelamatkannya tepat pada waktunya. Begitulah kasih Tuhan terhadap orang yang diselamatkan-Nya dari kebinasaan.
📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini...?
✅ Jangan takut dengan tuduhan Iblis—Tuhan sendiri adalah pembela kita.
✅ Kita mungkin penuh cacat cela, tetapi Tuhan melihat kita sebagai berharga untuk diselamatkan.
✅ Jangan biarkan rasa bersalah menghalang kita mendekat kepada Tuhan—Dia sudah mengangkat kita dari api.
✅ Kita dipilih dan disucikan, bukan kerana jasa kita, tetapi kerana kasih-Nya.
👉🏼 Firman Tuhan hari ini adalah gambaran indah tentang pembelaan Tuhan terhadap umat-Nya. Bila kita berdiri di hadapan Tuhan, meskipun Iblis menuduh, Tuhan tidak berdiam diri. Dia mengherdik musuh kita dan menyatakan kita berharga dan layak, kerana kita adalah milik-Nya—kayu yang direnggut dari dalam api. Mari kita terus hidup dalam kesedaran bahawa Tuhan adalah pembela dan penyelamat kita. Apakah respon kita hari ini...?
You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement
Tuhan Memberkati...!
In His Majestic service,
†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com
** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**