🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣
REVIVAL : Shall be greater
Haggai 2:9 ‘The glory of this latter temple shall be greater than the former, ’ says the LORD of hosts. ‘And in this place I will give peace, ’ says the LORD of hosts."
Hagai 2:9 (AVB) Adapun bagi Bait ini, kemegahannya yang kemudian akan melebihi kemegahan terdahulunya, firman TUHAN alam semesta, dan di tempat ini akan Kuberikan damai sejahtera, demikianlah firman TUHAN alam semesta.”
Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #208. Tahukah anda bahawa Kemuliaan Allah kemudian akan memenuhi Bait Suci seperti belum pernah terjadi sebelumnya, dan Dia akan berdiam di antara umat-Nya dalam sejahtera sebagai Juruselamat yang mulia? Perhatikanlah, kemuliaan yang paling berharga adalah kemuliaan yang timbul dari hubungan kita dengan Kristus dan bagian yang kita miliki di dalam Dia. Di mana Kristus ada, di situ sesungguhnya ada yang lebih dari pada Salomo. Demikian pula hati yang didiami-Nya dan dijadikan-Nya Bait yang hidup, sesungguhnya lebih mulia daripada Bait Salomo, dan akan tetap begitu sampai selama-lamanya.
🍞 ☕ Ayat ini adalah janji pengharapan kepada bangsa Israel yang sedang membina semula Bait Allah setelah pulang dari pembuangan. Meskipun kelihatan kecil dan tidak seindah dahulu, Tuhan berjanji kemuliaan-Nya akan datang, dan damai sejahtera akan hadir di tempat itu. Ayat ini bukan hanya untuk Israel dahulu, tetapi juga menggambarkan janji Tuhan kepada kita hari ini.
1. “Kemegahan yang kemudian akan melebihi...”
➡️ Tuhan bukan hanya memulihkan – Dia membaharui dan meningkatkan.
➡️ Bait ini menunjuk kepada kedatangan Mesias yang akan hadir secara fizikal di dalam Bait itu — Yesus sendiri.
➡️ Kemegahan yang dimaksudkan bukan hanya hiasan luar, tetapi kehadiran ilahi yang memuliakan tempat itu.
2. “Firman TUHAN alam semesta...”
➡️ Ini bukan kata-kata manusia, tetapi janji Tuhan yang berkuasa dan pasti digenapi.
➡️ Saat kita merasa kecil, tidak penting, atau tidak seindah masa lalu, ingat: Tuhan mampu menjadikan yang kemudian lebih mulia dari yang dahulu.
➡️ Kata ini juga menjadi janji untuk gereja hari ini dan tubuh Kristus — kita adalah Bait Rohani.
3. “Di tempat ini akan Kuberikan damai sejahtera...”
➡️ Tuhan bukan hanya memuliakan tempat itu dengan kehadiran-Nya, tetapi juga memberikan damai sejahtera.
➡️ Damai ini bukan sekadar ketenangan tanpa masalah, tetapi shalom – damai sejahtera yang menyeluruh dari Tuhan.
➡️ Damai itu datang ketika Tuhan hadir – dan Yesus adalah Raja Damai yang memenuhi janji ini.
📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini..?
✅ Jangan nilai kemuliaan berdasarkan rupa luar; Tuhan melihat isi dan kehadiran-Nya.
✅ Tuhan boleh mengubah sesuatu yang sederhana menjadi luar biasa bila Dia hadir di sana.
✅ Jangan ragu untuk membina semula – masa depan dalam Tuhan sentiasa penuh pengharapan.
✅ Carilah damai sejati dalam hadirat Tuhan, bukan dari dunia.
👉🏼 Tuhan berjanji kepada umat-Nya bahawa kemegahan yang kemudian akan melampaui yang dahulu. Ayat ini meneguhkan bahawa Tuhan mampu memulihkan dan melimpahi kita dengan damai sejahtera yang kekal. Apa pun keadaan kita hari ini, bila Tuhan hadir, yang lama akan berlalu dan kemuliaan baru akan muncul. Apakah respon kita hari ini...?
You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement
Tuhan Memberkati...!
In His Majestic service,
†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com
** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**
No comments:
Post a Comment