Wednesday, April 15, 2009

Akulah pokok anggur

Akulah pokok anggur (Yohanes 15:1-17)

Yesus mengakatakan bahawa “Akulah pokok anggur” maksudnya sumber kehidupan kita, tempat kita berharap. (Illustrasi pokok mengambil air dari tanah dan salurkan pada dahan dahan serta ranting ranting pokok). Bapa-Kulah pengusahanya – yg menjaga kita, mencantas dahan2 yg tidak berbuah…contoh illustrasi seorang pekebun.

Ayat 2 menunjukkan bahawa Bapa kita yg memotong setiap dahan dan ranting yg tidak menghasilkan buah dan juga membersihkan dahan2 dan ranting2 yg berbuah supaya ia berbuah lebih banyak. Bermaksud, Kehidupan seharian kita dalam mengikuti Yesus..adakah kita berhasil ataupun berbuah dalam Kristus? Di saat kita berjalan mengikut Yesus, dan tidak menyimpang dari kebenaran ini dan pulang kembali ke jalan asal kita, bermakna Bapa kita di surga akan terus memastikan bahawa kita berjalan dalam terangNya senantiasa. Dan apabila kita berhasil dalam kristus, process permbersihan yg dimaksudkan ialah, Tuhan akan mula melakukan pekerjaan yg baru dalam hidup kita. Contohnya seperti sawah padi, apabila padi telah dituai, para petani membakar padi2 yg lama dan mula membajak sawah padi itu kembali…knp? Utk mulakan pekerjaan baru, iaitu menabur benih padi yg baru Amen? Begitu juga dgn Tuhan, apabila kita berhasil dalam Tuhan, Tuhan akan membersihkan kita… mula memenuhi kita dgn kuasa Roh Kudus dan juga dgn kebenaran FirmanNya, supaya kita dapat menghadapi cabaran2 serta tantangan yg baru!.

Ps.Sunil selalu berkata, kita boleh menilai seseorang Kristen itu sama ada dia berbuah atau tidak… berbuah disini bermaksud, bergiat melakukan pekerjaan Kristus iaitu menjangkau jiwa jiwa bagi memenuhi kerajaan Tuhan. Ada satu ungkapan mengatakan, “hancurkan neraka dan penuhkan surga…”

Tuhan mahu memberkati kita tetapi berkat itu tidak akan datang begitu saja tanpa pengorbanan… contoh apabila membeli barang….huraikan..
Sanggupkah kita sbg Kristen..mahu terus taat dan setia serta melakukan apa yg diperintahkan Tuhan? Matius 6:33 mengatakan bahawa...itulah pengorbanan kita...

Yesus pokok dan kitalah carangnya, apabila kita tinggal didalamnya, melakukan setiap yg diperintahkanNya dan mengutamakan apa yg tertulis dalam Matius 6:33, pasti kita akan berbuah.

Mazmur 1:3 Ia seperti pohon, yang ditanam di tepi aliran air, yang menghasilkan buahnya pada musimnya, dan yang tidak layu daunnya; apa saja yang diperbuatnya berhasil. Kita tdk akan menjadi seperti pohon ini, jikalau kita tidak berjalan bersama Tuhan ataupun tinggal didalamNya. Matius 21:18-22 menceritakan ttg satu pohon ara. Jgn jadi seperti pohon ara ini..ia diibaratkan spt seorang kristen yg diluarannya nampak bagus saja, tetapi didalamnya rohnya mati... di ayat 19 Tuhan berfirman pohon ara itu daunnya lebat tetapi tiada buah...knp? kerana seseorang yg itu tidak tinggal dalam Yesus, tidak mengikut perintahNya, tidak taat dan setia padaNya tidak saja mendengar, bahkan tidak melakukan apa yg telah diamanatkan olehNya. Banyak orang pada mulanya menerima Yesus dan bersungguh sungguh melakukan pekerjaan Yesus, tetapi lama kelamaan... terus pudar... Banyak yg dipanggil, tetapi hannya sedikit yg dipilih...kenapa? Kerana di Yohanes 15:2 dan 6 ada dinyatakan bahawa Bapa yg memilih kita dan bukannya kita yg memilih Dia, terpulanglah pada Tuhan sama ada utk memotong dahan yg tidak berbuah ataupun biarkannya... tujuan Bapa kita disurga bagi hidup kita adalah untuk terus berbuah dalamNya... Amen! Yohanes 15:11 Tuhan berfirman, ’supaya sukacitaKu menjadi sempurna.’
In Christ,
+_-= ShErKaRL =-_+