Sunday, July 4, 2021

Revival : Why we love God?

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Why we love God?


Job 1:11  "But now, stretch out Your hand and touch all that he has, and he will surely curse You to Your face!"

Ayub 1:11 (AVB)  Tetapi cuba hulurkan tangan-Mu dan sentuhlah segala miliknya, pasti dia akan mengutuk Engkau di hadapan-Mu.”


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #185. Tahukah anda bahawa terkadang kita memiliki motif yang salah dalam mengasihi Tuhan? Mungkinkah umat Allah mengasihi dan melayani Dia kerana Dia adalah Allah dan bukan kerana semua berkat-Nya? Dapatkah orang benar mempertahankan iman dan kasih mereka kepada Allah di tengah-tengah musibah yang tidak dapat dijelaskan dan penderitaan yang tidak semestinya mereka alami?

🍞 ☕ Dalam pandangan Iblis, kesalehan manusia bagaikan cerita kosong sahaja. Bagi Iblis, manusia hanya taat kepada Allah kerana ada  udang di sebalik batu, iaitu untuk mendapatkan segala sesuatu yang dia inginkan. Bila tidak, tentu manusia tidak akan menyia-nyiakan waktunya bagi Allah. Pandangan tersebut kemudian diajukan Iblis kepada Allah sebagai gugatan untuk mencabut semua yang sudah dimiliki Ayub sebagai sebuah ujian bagi iman Ayub. Dan Allah setuju. Dalam waktu yang hampir bersamaan, Ayub kehilangan seluruh miliknya. Ribuan haiwan ternaknya dirampas. Seolah masih belum cukup, kesepuluh anaknya mati secara mengenaskan dalam bencana saat mereka berpesta. Siapakah orang yang tak hancur hati mengalami situasi demikian? Semua harta dan kekayaan masih dapat dicari, tetapi anak-anak yang selama ini begitu dia kasihi tiba-tiba mati, dapat dicari kembali? Maka tak hairanlah bila Ayub mengoyak jubah dan mencukur kepala sebagai tanda duka citanya.

👉🏼 Ayub sendiri berduka dan ia jelas menyatakan perasaan dukanya. Namun imannya merespons secara mengagumkan. Ayub sedar bahwa semua yang ia miliki adalah pemberian Tuhan dan kerana itu, ia patut menerima bila Tuhan ingin mengambil semua itu kembali. Bila Tuhan mengambil semuanya sekaligus, bagaimana kira-kira respons Anda? Akankah Anda berkata, "Tuhan yang memberi, Tuhan yang mengambil, terpujilah nama Tuhan"? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: