Friday, March 18, 2022

Revival : Come near to hear

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Come near to hear


Isaiah 34:1 Come near, you nations, to hear; And heed, you people! Let the earth hear, and all that is in it, The world and all things that come forth from it.

Yesaya 34:1 (AVB) Datang dekatlah wahai bangsa-bangsa untuk mendengar! Wahai suku-suku bangsa, perhatikanlah! Biarlah bumi dan segala isinya mendengar, dunia dan segala yang dihasilkannya!


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #77. Tahukah anda bahawa Tuhan sedang memanggil kita untuk mendekat kepada-Nya? Inilah sangkakala ditiup dan perang dikumandangkan. Semua bangsa harus dengar dan perhatikan, bukan hanya kerana apa yang Allah hendak lakukan patut mendapat perhatian mereka, tetapi juga kerana mereka semua punya kepentingan di dalamnya.


🍞 ☕ Kita harus berusaha untuk mendekat kepada-Nya selalu. Kenapa kita harus mendekat kepada-Nya? Kerana apabila kita mendekat kepada-Nya, maka kita akan mendengar Firman-Nya, perintah-perintah-Nya serta hidup dalam persekutuan dengan Kristus. Apabila hidup kita menjauh daripada Tuhan, maka kita akan hidup sesuka hati kita tanpa membezakan yang mana baik dan buruk, yang mana dosa dan tidak. Kehidupan tanpa Tuhan akan membuatkan kita menjadi liar dan tidak memerlukan Tuhan di dalam hidup kita. Saat kita mendekati Tuhan, haruslah kita memperhatikan Firman-Nya dan segala perintah-Nya serta melakukannya supaya hidup kita berhasil dan kerohanian kita makin berakar, bertumbuh dan berbuah di dalam Yesus.

👉🏼 Nah, Dengarlah seruan ini and kembalilah kepada Tuhan. Dengarkanlah apa yang Dia mau sampaikan kepada kita. Bagaimana dengan kita? Apakah respon kita hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: