Saturday, April 16, 2022

Revival : Keep justice and do righteousness

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Keep justice and do righteousness 


Isaiah 56:1 Thus says the LORD: "Keep justice, and do righteousness, For My salvation is about to come, And My righteousness to be revealed.

Yesaya 56:1 (AVB) Beginilah firman TUHAN, “Peganglah teguh keadilan dan lakukanlah yang benar, kerana penyelamatan daripada-Ku sudah hampir tiba dan kebenaran-Ku akan dinyatakan.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #106. Tahukah anda bahawa kita harus berpegang teguh keadilan dan melakukan yang benar? Keadilan dan kebenaran merupakan buah keselamatan, terkait langsung dengan pengaruh Kerajaan Allah, hal-hal itu tidak dapat dipisahkan.


🍞 ☕ Di sini Allah memberitahu kita rahmat yang diniatkan-Nya kepada kita iaitu sebentar lagi akan datang keselamatan yang daripada-Nya yaitu keselamatan agung yang dikerjakan oleh Yesus Kristus yang diperlambangkan dengan keselamatan orang-orang Yahudi dari Sanherib atau dari Babel. Keselamatan Injil adalah keselamatan dari Tuhan. Keselamatan itu dirancang dan diwujudkan oleh-Nya. Ia bermegah di dalamnya sebagai keselamatan yang datang dari-Nya. Dalam keselamatan itu kebenaran Allah dinyatakan, yang merupakan keindahan Injil yang begitu rupa sehingga Rasul Paulus menjadikannya sebagai dasar bagi dia untuk bermegah di dalamnya.

👉🏼 Oleh kerana itu, marilah kita turuti aturan, dan berkata serta bertindaklah dengan kesedaran hati nurani, supaya kita tidak berbuat dosa. Tetap berpegang teguh pada kebenaran Firman-Nya dan belakulah setia kepada Tuhan. Apakah respon kita hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: