Tuesday, October 4, 2022

Revival : Former Glory

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Former Glory



Haggai 2:3  ‘Who is left among you who saw this temple in its former glory? And how do you see it now? In comparison with it, is this not in your eyes as nothing?

Hagai 2:3 (AVB)  Adakah antara kamu yang pernah melihat Bait ini dalam kemegahannya yang terdahulu? Pada pandangan kamu, bagaimanakah keadaannya sekarang? Bukankah di matamu, keadaannya sekarang langsung tidak bererti sebagaimana keadaan terdahulunya?



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #277. Tahukah anda bahawa kita harus berusaha membina Bait suci Allah? Bait suci yang saya maksudkan adalah diri kita, Bait Suci Allah. Ketika Bait Suci pasca-pembangunan selesai dibangun, beberapa orang tawar hati dan kecewa kerana beranggapan Bait Suci yang sekarang ini "tidak ada artinya" dibandingkan dengan kemegahan Bait Suci pertama yang dibangun Salomo.


🍞 ☕ Demikian Allah membesarkan hati umat itu dengan tiga janji. Allah sendiri akan bersama-sama mereka untuk menggenapi semua janji dalam perjanjian-Nya. Roh Allah akan berdiam di antara umat itu. Kemegahan kemudian dari rumah Allah akan lebih besar daripada yang semula kerana peragaan kekuatan kuasa-Nya yang lebih besar. Bukan keindahan bangunan gereja yang akhirnya akan menghasilkan buah bagi kerajaan Allah. Hal yang perlu sekali dalam jemaat kita ialah kehadiran Allah yang dinyatakan melalui Roh Kudus, karunia-karunia, pelayanan-pelayanan dan kuasa-Nya. Adakah k I ta sedang berusaha untuk membina kerohanian kita? Iaitu membuang segala yang kotor dan bersihkan kehidupan kita supaya Roh Kudus akan tinggal di dalam kita? 

👉🏼 Kita harus bertanya pada diri sendiri iaitu sudahkah Roh Kudus dinyatakan secara luar biasa di dalam kumpulan-kumpulan kita, ataukah hanya sedikit atau sama sekali tidak ada bukti kehadiran dan kuasa-Nya di antara kita? Apakah respon kita hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: