Friday, December 10, 2021

Revival : Bind them

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Bind them


Proverbs 6:20-21
20 My son, keep your father’s command, And do not forsake the law of your mother.
21 Bind them continually upon your heart; Tie them around your neck.

Amsal 6:20-21 (AVB)
20 Hai anakku, peganglah teguh perintah ayahmu, dan jangan abaikan ajaran ibumu.
21 Tambatkanlah sentiasa semua didikan itu dalam hatimu, dan kalungkanlah pada lehermu.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #344. Tahukah anda bahawa kita harus berpegang teguh kepada perintah dan ajaran daripada ibu bapa kita? Sebagai ibu bapa, kita harus memberikan satu contoh kehidupan rohani yang saleh kepada anak-anak kita. Orangtua kita mengarahkan kita kepadanya, menaruhnya di dalam tangan kita, mendidik kita dalam pengetahuan dan pelaksanaannya, kerana asal usul dan kewajibannya adalah yang paling sakral.


🍞 ☕ Memang kita percaya bukan kerana perkataan mereka, sebab kita telah mengujinya sendiri dan mendapatinya sebagai firman yang berasal dari Allah. Tetapi kita berhutang budi kepada mereka kerana telah menyarankannya kepada kita, dan kita melihat semua alasan untuk tetap berpegang pada kebenaran yang telah kita terima, dengan selalu mengingat orang yang telah mengajarkannya kepada kita. Peringatan-peringatan, nasihat-nasihat, dan perintah-perintah yang diberikan orang tua kita kepada kita itu sesuai dengan firman Allah, dan oleh sebab itu kita harus berpegang teguh padanya. Anak-anak, ketika tumbuh dewasa, harus ingat ajaran dari ibu yang baik, dan juga perintah dari ayah yang baik. Tuhan telah memuliakan bapa pada anak-anaknya, dan hak ibu atas para anaknya diteguhkan-Nya. Kita harus memegang firman Allah dan didikan-didikan baik yang telah diberikan orang tua kita kepada kita berdasarkan firman itu.

👉🏼 Biarlah firman Allah selalu siap sedia bagi kita, dan biarlah kita merasakan pengaruh-pengaruhnya yang tertanam pada kita, seperti sesuatu yang diikatkan pada hati dan pada leher kita. Oleh kerana itu, sangatlah penting kepada setiap ibu bapa untuk meninggalkan satu warisan rohani yang kaya kepada anak-anak kita. Itulah harta yang tidak ternilai bagi mereka. Bagaimana dengan anda..? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: