Saturday, December 11, 2021

Revival : Do not stray away

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Do not stray away


Proverbs 7:25-26
25 Do not let your heart turn aside to her ways, Do not stray into her paths;
26 For she has cast down many wounded, And all who were slain by her were strong men.

Amsal 7:25-26 (AVB)
25 Janganlah hatimu menyimpang ke jalan-jalan perempuan sebegitu, dan janganlah tersesat di lorong-lorongnya,
26 kerana telah banyak mangsa yang dijatuhkannya, dan orang gagah yang dimusnahkannya


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #345. Tahukah anda bahawa kita harus terus di landasan iman yang benar? Orang Kristian yang belum berpengalaman merupakan korban empuk bagi jeratan iblis yang licik. Sebab itu amsal ini menasihati kita agar memperhatikan bahaya ini kerana banyak sekali orang Kristian termakan jerat yang menghancurkan itu.


🍞 ☕ Janganlah pernah meninggalkan jalan-jalan kebajikan, meskipun sesak dan sempit, sunyi dan mendaki, demi keseronokan dosa, meskipun hijau, luas, dan penuh dengan banyak teman. Jangan hanya menjaga kaki kita dari jalan-jalan itu, tetapi juga bahkan hati kita janganlah sampai condong kepadanya. Jangan pernah menyimpan kecenderungan ke jalan ini, atau berpikiran lain selain merasa jijik terhadap perbuatan-perbuatan fasik seperti ini. Biarlah akal budi, hati nurani, dan rasa takut akan Allah memerintah di dalam hati, menegur kecondongan-kecondongan hawa nafsu berahi dan dosa. Jika kita melangkah di jalannya, di jalan-jalan mana saja yang mengarah pada dosa ini, maka kita tersesat, kita sudah menyimpang dari jalan yang benar, jalan yang aman. Oleh sebab itu berjaga-jagalah, janganlah menyesatkan diri kita supaya jangan kita terus berkelana tanpa henti.

👉🏼 Sebagai orang yang beriman, kita harus menjaga hati kita dengan segala kewaspadaan supaya tidak menyimpang daripada jalan kebenaran yang sudah kita kenal. Jangan kerana nikmatnya dosa, maka kita menyimpang daripada kebenaran Firman Tuhan kerana ianya sama dengan menyangkal Yesus. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: