Wednesday, November 2, 2022

Revival : Do it wholeheartedly

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Do it wholeheartedly 



Matthew 7:12 "Therefore, whatever you want men to do to you, do also to them, for this is the Law and the Prophets.

Matius 7:12 (AVB) Segala sesuatu yang kamu mahu orang lakukan kepadamu, lakukanlah demikian juga kepada mereka, kerana inilah ajaran Taurat dan nabi-nabi.”



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #306. Tahukah anda bahawa kita harus lakukan yang baik kepada sesama kita? Yesus Tuhan kita di sini menekankan kepada kita perihal melakukan kebenaran terhadap sesama manusia, yang merupakan bagian yang paling mendasar dari ibadah yang sejati. Melakukan Kebenaran merupakan ibadah kepada Allah, yang merupakan sifat dasar dari kebenaran yang universal.


🍞 ☕ Kita harus menjadikan kebenaran sebagai peraturan kita, dan harus diatur olehnya. Kerana itu, jadikanlah ini sebagai prinsip hidupmu, perbuatlah kepada orang seperti yang kamu kehendaki mereka perbuat kepadamu. Oleh sebab itu, untuk dapat mematuhi perintah-perintah sebelumnya, yang bersifat khusus, yakni supaya kamu tidak menghakimi dan mengecam orang lain, maka ingatlah selalu hukum ini. Kalau tidak ingin dikecam, janganlah mengecam. Atau sebaliknya, patuhilah hukum ini dan kamu akan menerima keuntungan dari janji-janji yang diberikan sebelumnya. Tuhan Yesus memberikan beberapa alasan mengapa orang Kristian harus membalas kejahatan dengan kebaikan. Pertama, orang jahat membalas kebaikan dengan kebaikan. Jika orang Kristian melakukan perbuatan baik kerana ia diperlakukan baik, ia tidak lebih daripada orang berdosa. Kedua, orang jahat melakukan kebaikan untuk mendapatkan balasan. Jika orang Kristian melakukan kebaikan kerana motivasi untuk memperoleh kebaikan maka ia tidak beza dengan orang berdosa. Ketiga, Allah Bapa di surga memberikan kebaikan kepada orang berdosa yang sebenarnya tidak pantas diperlakukan sedemikian kerana sikap mereka yang tidak tahu berterima kasih. Maka dengan sendirinya kita harus meneladani sikap Allah Bapa.

👉🏼 Di sini kita boleh melihat satu prinsip iaitu prinsip tabur tuai. Apa yang kita tabur itulah yang kita akan tuai. Jika kita menabur biji durian, agak mustahil kita akan menuai buah rambutan. Demikianlah, sekiranya kira menabur benih-benih kebaikan, kemurahan, kasih, maka itu juga kita akan tuai. Jika kita menabur kejahatan maka itulah kita akan tuai. Jadi apakah respon kita hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: