Monday, November 14, 2022

Revival : Let him hear

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Let him hear



Matthew 13:9 "He who has ears to hear, let him hear! "

Matius 13:9 (AVB) Sesiapa yang bertelinga, dengarlah!”




Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #318. Tahukah anda bahawa setiap orang yang bertelinga harus mendengar firman Allah? Tuhan memberi kesempatan kepada setiap orang untuk mendengar firman-Nya. Namun bagaimana firman itu tumbuh dan menghasilkan buah, tergantung pada diri setiap orang yang menerimanya.


🍞 ☕ Hanya mendengar saja bukan merupakan jaminan bahwa orang akan memahaminya. Harus dipertanyakan, apakah orang itu menerimanya dengan antusias ataukah masuk dari telinga kiri dan keluar dari telinga kanan? Kerana ada yang melupakan firman setelah mendengarnya, ada juga yang langsung menolaknya. Ada juga orang yang melupakan firman saat mengalami penindasan kerana firman, padahal firman itulah dapat menjadi kekuatan. Ada pula yang tidak bertahan dalam firman ketika khuatir kerana menghadapi fakta di depan mata. Banyak Kristian datang beribadah, namun ketika mereka meninggalkan ruang ibadah, apakah dengan pengertian yang sama? Ada yang hanya mendengar namun sibuk dengan pikirannya sendiri; ada yang mendengar tetapi tidak mengerti; ada yang mendengar tetapi kemudian menafsirkannya sendiri; ada juga yang sungguh- sungguh mendengar dan mengerti kebenarannya.

👉🏼 Adakah kita bertelinga? Adakah kita menutup telinga kita kepada kebenaran Firman-Nya? Oleh sebab itu, ketidaktahuan orang bukanlah disebabkan oleh kerana mereka tidak mengenal firman Tuhan, melainkan kerana mereka tidak mempunyai keinginan untuk mendengar dan mentaati Firman-Nya. Bagaimana dengan kita? Apakah respon kita hari ini...?



You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: