🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣
REVIVAL : O you of little faith
Matthew 6:30-31
30 "Now if God so clothes the grass of the field, which today is, and tomorrow is thrown into the oven, will He not much more clothe you, O you of little faith?
31 "Therefore do not worry, saying, ‘What shall we eat? ’ or ‘What shall we drink? ’ or ‘What shall we wear? ’
Matius 6:30-31 (AVB)
30 Jika Allah menghiasi rumput di padang, yang wujud hari ini dan esoknya dibakar di dapur, tidakkah Allah akan memberimu pakaian? Begitu tipis kepercayaanmu!
31 Jangan runsing tentang makanan, minuman atau pakaianmu.
Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #264. Tahukah anda bahawa terkadang begitu tipis sekali iman kepercayaan kita? Perkataan ini merupakan janji Allah kepada semua anak-Nya dalam zaman ini yang penuh kesulitan dan ketidakpastian. Allah telah berjanji untuk menyediakan makanan, pakaian, dan segala keperluan pokok. Kita tidak perlu khawatir; apabila kita membiarkan Allah memerintah dalam kehidupan kita, kita dapat yakin bahwa Ia akan mengambil tanggung jawab penuh atas semua orang yang berserah sepenuhnya kepada-Nya.
🍞 ☕ Yesus menegur kelemahan iman manusia yang sering khuatir tentang keperluan harian. Jika Allah memelihara ciptaan yang sementara seperti rumput di padang, betapa lebih lagi Dia memelihara anak-anak-Nya yang dikasihi.
📌 Poin Renungan
1. Pemeliharaan Allah nyata dalam ciptaan-Nya
Rumput dan bunga di padang dihiasi dengan indah tanpa usaha mereka sendiri.
2. Iman yang kecil menghasilkan kekhuatiran besar
Yesus menegur “tipis kepercayaanmu” kerana kekhuatiran menunjukkan kurangnya iman.
3. Keperluan hidup bukan alasan untuk runsing
Tuhan tahu apa yang kita perlukan dan setia menyediakan pada waktunya.
📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini...?
✅ Percayalah bahawa Tuhan memelihara lebih daripada sekadar keperluan asas.
✅ Jangan biarkan kekhuatiran menguasai hati, sebaliknya perkuat iman kepada janji-Nya.
✅ Hiduplah dengan keyakinan bahawa Bapa di syurga tahu dan peduli tentang setiap keperluan kita.
👉 Firman Tuhan hari ini menegaskan bahawa kekhuatiran lahir daripada iman yang tipis. Tetapi bila kita percaya pada pemeliharaan Allah, kita dapat hidup dengan damai, tanpa bimbang akan makanan, minuman, atau pakaian. Apakah respon kita hari ini...?
💬 “Faith is not believing that God will do what you want; it is believing that God will do what is right.” – Max Lucado
You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement
Tuhan Memberkati...!
In His Majestic service,
†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com
** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**
No comments:
Post a Comment