🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣
REVIVAL : Only God sees
Matthew 6:2-4
2 "Therefore, when you do a charitable deed, do not sound a trumpet before you as the hypocrites do in the synagogues and in the streets, that they may have glory from men. Assuredly, I say to you, they have their reward.
3 "But when you do a charitable deed, do not let your left hand know what your right hand is doing,
4 "that your charitable deed may be in secret; and your Father who sees in secret will Himself reward you openly.
Matius 6:2-4 (AVB)
2 Oleh itu, ketika kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan heboh-hebohkan seperti orang munafik meniup sangkakala di saumaah dan di jalan raya, supaya dipuji orang. Sesungguhnya, Aku berkata kepadamu, orang begitu sudah pun mendapat ganjaran mereka.
3 Apabila kamu bersedekah kepada orang miskin, jangan sampai tangan kirimu tahu apa yang dilakukan oleh tangan kananmu.
4 Jangan siapa pun mengetahuinya. Bapamu yang melihat amalmu yang tersembunyi itu akan memberikan ganjaran kepadamu.”
Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #256. Tahukah anda bahawa seringkali kita mengheboh-hebohkan apapun Kebajikan yang kita lakukan? Di zaman serba canggih ini, tidak semua yang kita lakukan wajib di masukkan ke sosmed. Dunia tidak perlu tahu yang anda membantu seorang yang miskin ataupun seorang yang kelainan upaya. Memberi sedekah, berdoa, dan berpuasa, merupakan tiga kewajiban utama orang Kristian -- tiga dasar hukum, menurut orang Arab. Dengan melakukan hal-hal tersebut, kita memberikan penghormatan dan pelayanan kepada Allah melalui tiga kepentingan asasi kita, yaitu doa dengan segenap hati, puasa dengan tubuh kita, dan pemberian sedekah dengan harta benda kita. Jadi, kita bukan saja harus menjauhi yang jahat, tetapi juga melakukan yang baik, dan melakukannya dengan benar, supaya dengan demikian perbuatan baik kita itu tetap tinggal untuk selama-lamanya.
🍞 ☕ Yesus mengingatkan kita bahawa memberi sedekah atau melakukan kebaikan bukanlah untuk mendapatkan perhatian manusia. Dunia sering mengajar bahawa semakin besar publisiti, semakin besar nilai perbuatan itu. Tetapi dalam kerajaan Allah, nilai bukan diukur dari sorakan manusia, melainkan dari hati yang tulus.
📌 Poin Renungan
1. Hati yang tulus lebih penting daripada pujian manusia
Sedekah yang diberi dengan motivasi mencari perhatian manusia tidak bernilai di hadapan Allah.
2. Kebaikan yang tersembunyi berharga di mata Tuhan
Allah melihat apa yang tidak dilihat manusia, dan Dia memberi ganjaran kepada yang ikhlas.
3. Ganjaran dari Allah lebih kekal daripada pujian dunia
Pujian manusia hanya sementara, tetapi upah dari Allah bersifat kekal.
📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini...?
✅ Lakukan kebaikan dengan hati yang murni, bukan untuk di hati
✅ Ingat bahawa Allah melihat setiap perbuatan kecil yang kita lakukan secara tersembunyi.
✅ Pilih ganjaran yang kekal daripada Allah berbanding pujian sementara daripada manusia.
👉🏼 Firman Tuhan hari ini mengingatkan kita bahawa nilai sejati sedekah bukan terletak pada perhatian manusia, tetapi pada ketulusan hati. Allah melihat yang tersembunyi, dan Dialah yang akan memberikan ganjaran sejati. Apakah respon kita hari ini...?
💬 “Do good quietly. The less people see, the more God rewards.”
You are the revivalist...!
#SpreadRevival #GreaterMovement
Tuhan Memberkati...!
In His Majestic service,
†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com
** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**
No comments:
Post a Comment