Monday, June 28, 2021

Revival : Because God was involved

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Because God was involved 



Nehemiah 6:15 So the wall was finished on the twenty–fifth day of Elul, in fifty–two days.

Nehemia 6:15 (AVB) Genap dalam lima puluh dua hari, selesailah pembinaan semula tembok itu iaitu pada hari kedua puluh lima bulan Elul.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #179. Tahukah anda bahawa apabila ada penyertaan Tuhan Yesus di dalam segala pekerjaan kita, ia pasti akan berhasil? Dalam waktu lima puluh dua hari, pembangunan tersebut dikerjakan oleh ribuan pekerja yang penuh semangat, dan tidak seluruh tembok hancur, juga pintu gerbang Efraim yang tidak disebutkan pada pasal 3 mungkin bahkan tidak mengalami kerosakan. Sekalipun demikian, penyelesaian pekerjaan tersebut memang merupakan hal yang menakjubkan sehingga musuh-musuh Israel juga melihat adanya tangan Allah yang ikut bekerja. 

🍞☕ Tembok itu selesai di bangun kerana Allah menyertai umat-Nya dan ia merupakan rencana-Nya. Penyertaan Tuhan sangat nyata dalam pembinaan tembok ini. Bukan sahaja mereka memiliki Allah di pihak mereka, Tuhan juga mengirim seorang pemimpin yang prihatin dan kerana itu tembok ini selesai dalam 52 hari kerana mereka memiliki Nehemia, pemimpin yang berani, berabdi, dan bertekun yang sepenuhnya tergantung kepada Allah selaku perlindungan dan sumber kekuatannya. Tembok ini selesai dibina kerana umat-Nya bekerja dengan sepenuh hati, mengikuti pemimpin mereka dan berani mencurahkan tenaga mereka demi penyelesaian pekerjaan itu. 

👉🏼 Disebabkan oleh penyertaan Tuhan dan juga Tuhan membangkitkan Nehemia, seorang pemimpin yang luar biasa, yang tunduk kepada Tuhan, yang takut akan Tuhan, yang taat kepada Tuhan, seorang yang mempunyai visi dan misi maka pembinaan tembok itu dapat selesai. Tidak lupa juga kesatuan yang terpupuk lewat semua hal ini, mereka bersatu hati melakukan pekerjaan ini. Begitulah juga dengan kita, kita haruslah bersatu hati bekerjasama dengan pemimpin yang Tuhan sudah percayakan ke atas kita. Kerana Tuhan menyertai kita dan akan membawa kepada keberhasilan. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: