Wednesday, June 2, 2021

Revival : Do it carefully

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Do it carefully


2 Chronicles 19:7 "Now therefore, let the fear of the LORD be upon you; take care and do it, for there is no iniquity with the LORD our God, no partiality, nor taking of bribes."

2 Tawarikh 19:7 (AVB) Sekarang, hendaklah kamu takut kepada TUHAN. Bekerjalah dengan berhati-hati, kerana pada TUHAN, Allah kita, tidak ada kecurangan, hal memandang bulu, atau menerima rasuah.”



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #153. Tahukah anda bahawa baik melayani ataupun di bidang kerja, kita tidak boleh memandang bulu dan menerima rasuah? Memihak atau pun menerima suap tidak ada pada Tuhan. Seorang abdi Allah tidak boleh memihak dan dia tidak boleh menerima rasuah.


☕🍞 Orang yang hidup mengasihi Tuhan biasanya akan mendorong orang-orang lain di sekitarnya untuk juga hidup mengasihi Tuhan. Hal ini jugalah yang terjadi pada Yosafat. Menyedari bahawa ia perlu kaki-tangan untuk menjalankan pemerintahan yang benar, ia mengangkat hakim-hakim dengan disertai arahan bahawa mereka harus melakukan pekerjaan dengan mengingat bahawa mereka bekerja bagi Allah, bukan bagi manusia. Sebab itu mereka tidak boleh curang atau menerima sogokan. Bukan sahaja di zaman dulu, tapi di zaman ini pun rasuah dan memandang bulu semakin menjadi. Tidak ada integriti dalam tanggungjawab yang telah dipercayakan kepada kita. Kita menyalahgunakan kuasa yang telah diberikan seiring jawatan yang kita pegang itu untuk memenuhi poket kita sendiri. Ini sudah salah dan merupakan dosa di mata Tuhan. Namun ia masih lagi terjadi.

👉🏼 Dengan demikian berbuat curang, berlaku tidak adil, dan menerima rasuah seharusnya tidak ada dalam kamus orang-orang yang hidup dan bekerja bagi Tuhan, apa pun bidang kerjanya. Setiap pekerjaan harus kita lakukan dengan setia, setia dalam memenuhi jam kerja, setia juga dalam memenuhi target kerja. Sudah seperti itukah Anda dalam bekerja? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: