Wednesday, June 30, 2021

Revival : Our responsibility as a believer

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Our responsibility as a believer


Nehemiah 12:45 Both the singers and the gatekeepers kept the charge of their God and the charge of the purification, according to the command of David and Solomon his son.

Nehemia 12:45 (AVB) Mereka berpegang teguh pada kewajipan terhadap Allah mereka dan tugas penyucian, demikian juga para penyanyi dan para penjaga pintu gerbang, menurut perintah Daud dan Salomo, anaknya.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #181. Tahukah anda bahawa kita harus melaksanakan kewajipan kita sebagai seorang yang percaya? Setiap orang yang percaya mempunyai tanggungjawab yang untuk dilaksanakan. Apakah tanggungjawab itu?

🍞 ☕ Mungkin Firman Tuhan hari ini adalah catatan mengenai hal-hal rutin dan hal yang kita anggap sepele. Nehemia mencatat dengan teliti kerana hal-hal yang terlihat remeh ini sebenarnya penting. Terkadang kita memikirkan bahawa "tidak perlulah terlibat di dalam pelayanan, tidak perlulah pergi menginjil, tidak perlulah membantu orang itu dan ini. Ini semua tugasan hamba Tuhan, saya cuma jemaat biasa saja." Sebenarnya kita sudah salah kalau kita memikirkan sebegini. Kewajipan kita sebagai orang Kristian bukan sahaja menjaga kerohanian kita sendiri tetapi juga kita harus sedar bagaimana keadaan di sekeliling kita. Apakah ada yang dalam keperluan? Adakah orang yang dalam kesusahan? Adakah perlunya tenaga untuk pergi menginjil? Kita harus melihat kepada semua aspek ini dan bukan membutakan mata kita dan menutup Telinga daripada semua hal ini.

👉🏼 Amanat Agung yang Tuhan Yesus berikan haruslah kita laksanakan. Ini merupakan satu panggilan kepada setiap orang percaya dan bukan hanya kepada hamba Tuhan. Selain melakukan tanggungjawab kita dalam memuji dan menyembah Tuhan, merenungkan Firman-Nya, menjaga perhubungan kita dengan Tuhan, kita juga harus melaksanakan kewajipan kita sebagai orang Kristian iaitu mengasihi sesama manusia. Kita harus berpegang teguh kepada kewajipan kita sebagai seorang yang percaya. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: