Friday, June 17, 2022

Revival : Disobedience leads to destruction

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Disobedience leads to destruction 


Jeremiah 43:7 So they went to the land of Egypt, for they did not obey the voice of the LORD. And they went as far as Tahpanhes.

Yeremia 43:7 (AVB) Mereka tidak mahu mematuhi TUHAN dan tetap pergi ke Tanah Mesir. Maka sampailah mereka ke Tahpanhes.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #168. Tahukah anda bahawa kita harus mematuhi Firman Tuhan? Setelah Yeremia memberikan amaran dan nubuatan, bangsa itu tidak mentaati perintah Allah dan pergi ke Mesir sambil membawa Yeremia bersama mereka. Mungkin mereka mengira kehadiran Yeremia akan menjamin perlindungan Allah.


🍞 ☕ Bangsa ini berfikir semuanya akan berjalan lancar dan selamat tetapi kenyataannya tidak demikian, kerana Yeremia bernubuat bahwa Allah akan mengutus pasukan Nebukadnezar melawan Mesir dan menghancurkan pasukan serta dewa-dewanya. Negara tempat mereka mencari keamanan akan dikalahkan. Tidak pernah ada keamanan atau perlindungan ilahi di luar kehendak Allah. Kebodohan dan ketakutan dapat membuat seseorang sombong dan tidak taat kepada Allah. Pernyataan ini nampaknya salah sebab bukankah kepandaian dan keberanian yang membuat orang sombong dan tidak taat? Penolakan rakyat Yehuda terhadap Yeremia merupakan bentuk ketidaktaatan dan kesombongan mereka kerana kebodohan dan ketakutannya. Kebebalan bangsa ini telah memimpin kepada kehancurannya. 

👉🏼 Zaman ini pun manusia cenderung makin bebal. Oleh kerana memiliki akses ke pelbagai ilmu, teknologi, kuasa, dan lain-lain, manusia mengira dapat membelokkan campur tangan Tuhan. Kebebalan membuat manusia terjangkiti penyakit kebal terhadap firman Allah. Firman-Nya pasti akan digenapi, maka tunduklah pada kehendak-Nya! Bagaimana dengan kita...? Apakah respon kita hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: