Sunday, February 28, 2021

Revival : Beware of Deceivers

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Beware of Deceivers


Joshua 9:3-5
3 But when the inhabitants of Gibeon heard what Joshua had done to Jericho and Ai,
4 they worked craftily, and went and pretended to be ambassadors. And they took old sacks on their donkeys, old wineskins torn and mended,
5 old and patched sandals on their feet, and old garments on themselves; and all the bread of their provision was dry and moldy.

Yosua 9:3-5 (BM)
3 Tetapi penduduk Gibeon, iaitu orang Hewi, mendengar apa yang telah dilakukan Yosua terhadap kota Yerikho dan Ai.
4 Oleh itu mereka bercadang untuk menipu Yosua. Mereka mengambil makanan dan memuat keldai-keldai mereka dengan karung-karung yang usang dan kirbat kulit yang bertampal.
5 Mereka memakai kasut lama yang bertampal dan pakaian yang koyak-koyak. Mereka membawa roti yang kering dan berlapuk.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #59. Tahukah anda bahawa kita harus berhati hati dengan siapa yang kita bersekutu? Dengan licik berpura-pura sebagai rombongan kafilah dari sebuah negeri yang jauh di seberang Yordan, sebab mereka mengaku tahu tentang Sihon dan Og, tetapi tidak menyebut Yerikho dan Ai, sekelompok orang Gibeon membohongi Yosua dengan kirbat anggur yang buruk serta kasut yang ditambal dan juga sisa perbekalan yang sedikit sekali.

🍞☕ Kita haruslah berhati hati dengan sesiapa pun yang menjadi sekutu kita ataupun sahabat kita kita. Anda harus memahami bahawa di sebalik segala sesuatu ada udang di sebalik batu. Terkadang kita dibohongi hanya untuk mendapatkan sesuatu daripada kita. Berhati hatilah saat anda memilih untuk bekerjasama dengan orang yang mendatangkan kemusykilan di hati anda. Hal itulah yang terjadi dengan Yosua. Orang Gibeon takut dengan berita yang telah mereka dengar dan mereka berkomplot untuk membohongi Yosua hanya untuk menyelamatkan kaum dan keluarga orang Gibeon. Dengan penampilan mereka yang begitu simple dengan pemakaian mereka yang buruk, mereka datang meminta perlindungan. Yosua pulak tanpa meminta petunjuk dari Allah, terus bersetuju dengan pakatan mereka. Pakatan ini ternyata penuh dengan tipu muslihat.

👉🏼 Jangan terpedaya dengan penampilan seseorang sehingga anda tertipu. Contohnya, seorang yang membuat skim cepat kaya, dia ini datang dengan penampilan sebagai seorang yang kaya raya dengan kereta yang mahal dan sebagainya. Lalu dia menceritakan bagaimana mau jadi kaya dan anda pun tertarik dengan produk dia lalu anda pun turut serta dalam skim itu. Tiba-tiba satu hari itu, orang tu telah menghilangkan diri dengan bersama-sama dengan segala wang anda. Nah ini yang kita katakan don't judge a book by its cover. Berhati hatilah dengan siapa anda bersepakat baik dari segi persahabatan, pekerjaan maupun dalam pelayanan. Kita harus berhati hati kerana di mana mana pun terdapatnya serigala berbulu domba. Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: