Thursday, February 11, 2021

Revival : Do not be arrogant!

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Do not be arrogant!


Deuteronomy 9:4 "Do not think in your heart, after the LORD your God has cast them out before you, saying, ‘Because of my righteousness the LORD has brought me in to possess this land’; but it is because of the wickedness of these nations that the LORD is driving them out from before you.

Ulangan 9:4 (BM) Selepas TUHAN, Allah kamu mengusir mereka bagi kamu, jangan berkata kepada diri kamu sendiri bahawa Dia membawa kamu ke tanah itu untuk memilikinya kerana kamu layak. Bukan begitu! TUHAN akan mengusir bangsa-bangsa itu bagi kamu kerana mereka jahat.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #42. Tahukah anda bahawa terkadang kita menjadi sombong? Kecenderungan orang selalu berpikir bahwa jika ia melakukan sesuatu untuk Tuhan, maka Tuhan akan memberikan imbalannya. Di sini jelaslah satu hal: manusia terlalu memiliki harga diri yang tinggi sehingga tidak siap menerima sesuatu tanpa melakukan apa- apa. Dengan kata lain, manusia tidak pernah siap untuk menjadi seperti pengemis di hadapan Allah yang mahakaya. Manusia masih merasa dapatmembayar Tuhan dan dengan demikian menyombongkan dirinya.

🍞☕ Tuhan ingin setiap saat umat menyedari keberadaan dirinya di hadapan Tuhan. Jangankan sesuatu yang kita miliki atau capai, bahkan diri kita bukan milik sendiri. Diri dan kehidupan kita hanya milik Tuhan. Segala yang terjadi dalam hidup kita berada dalam kuasa dan kedaulatan Tuhan. Tidak ada satu orang manusia atau satu bangsa mana pun yang begitu mengagumkan dan besar di hadapan Tuhan. Orang yang tidak memiliki kemampuan apa-apa, bangsa yang diremehkan dapat Tuhan jadikan penguasa. Bahaya yang dihadapi bangsa Israel, adalah kesombongan. Mereka berpikir bahwa kerana kesetiaan dan kerana kebaikan merekalah maka mereka mendapatkan semua kebahagiaan itu. Musa menyatakan bahwa bukan demikian kebenarannya. Allah memberikan tanah itu kerana janji-Nya yang berdaulat kepada para bapa leluhur, bukan kerana kesetiaan mereka. Mereka ini sebenarnya tegar tengkuk.

👉🏼 Saudara dan saudari sekalian, jangan biarkan keangkuhan membuat kita menjadi sombong dan merasakan bahawa semua yang kita ada adalah hasil usaha kita sendiri dan Tuhan tidak langsung pun campur tangan. Tanpa Tuhan di samping kita, siapalah kita ini? Jangan sombong! Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: