Friday, February 5, 2021

Revival : Turning Away

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Turning away 


Deuteronomy 7:3-4
3 "Nor shall you make marriages with them. You shall not give your daughter to their son, nor take their daughter for your son.
4 "For they will turn your sons away from following Me, to serve other gods; so the anger of the LORD will be aroused against you and destroy you suddenly.

Ulangan 7:3-4 (BM)
3 Jangan berkahwin dengan mereka, dan jangan biar anak-anak kamu berkahwin dengan mereka,
4 kerana mereka akan menjauhkan anak-anak kamu daripada TUHAN, sehingga anak-anak kamu itu menyembah tuhan-tuhan lain. Jika hal itu berlaku, TUHAN akan murka terhadap kamu dan membinasakan kamu dengan serta-merta.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #36. Tahukah anda bahawa kita telah "berkahwin" dengan hal-hal yang dapat memisahkan serta menjauhkan kita daripada Tuhan? Hubungan yang intim dengan dunia pada akhirnya akan menghancurkan persekutuan dan perhubungan dengan Tuhan. 

🍞☕ Apakah yang telah membuat anda terikat dengan dunia sehingga anda menjauhkan diri daripada Tuhan? Terkadang kita "berkahwin" dengan segala hal keduniawian sehingga perkara itu merosakkan perhubungan serta persekutuan kita dengan Tuhan. Baik segala tabiat yang buruk ataupun cara hidup yang tidak seiring dengan firman-Nya. Kita terikat sehingga tidak dapat dibebaskan daripada ikatan itu dengan kekuatan kita sendiri. Hawa nafsu seks, percabulan, keserakahan, berjudi, mabuk minum, pesta pora, dan macam-macam lagi yang dapat menjauhkan seseorang daripada landasan kebenaran firman-Nya. Kita juga haruslah memperhatikan dengan siapa yang kita berkawan kerana persahabatan yang buruk merosakkan akhlak baik. Terkadang juga, hal-hal keduniawian bercampur aduk dengan hal-hal gereja dan kerohanian jemaat sehingga Ia menjadi satu kebiasaan.

👉🏼 Mereka yang berada dalam persekutuan dengan Tuhan, harus tidak memiliki persekutuan dengan kegelapan yang tidak menghasilkan kebaikan di dalam hidup kita. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini..?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: