Sunday, February 7, 2021

Revival : The reason God chose you

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : The reason God chose you 


Deuteronomy 7:7  The LORD did not set His love on you nor choose you because you were more in number than any other people, for you were the least of all peoples;

Ulangan 7:7 (BM)  TUHAN mengasihi kamu, dan memilih kamu bukan kerana bilangan kamu lebih besar daripada bangsa-bangsa lain; sebenarnya kamu bangsa yang terkecil di bumi.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #38. Tahukah anda bahawa Tuhan memilih kita bukan kerana kita hebat? Ternyata di sini bahawa pemilihan kita adalah kerana kasih karunia-Nya dan bukan kerana betapa hebatnya kita.

🍞☕ Terkadang kita memikirkan bahawa seandainya kita tidak ada maka seluruh pelayanan itu akan tumbang dan tidak bergerak. Tuhan mengasihi Israel dan Ia tidak peduli bahwa mereka hanyalah salah satu bangsa yang paling kecil jumlahnya di antara bangsa lain. Tuhan memilih untuk mengasihi mereka dan memenuhi sumpah-Nya kepada nenek moyang mereka. Tuhan melepaskan mereka dari perbudakan. Tuhan menghalau semua bangsa yang mereka lalui. Seberapa pun kuat dan besarnya bangsa itu dibandingkan Israel, mereka dapat menaklukkannya. Tuhan Allah yang memberi mereka kemenangan dan kekuasaan atas bangsa-bangsa itu dan membawa mereka masuk ke tanah Kanaan. Bila Tuhan mau mengasihi dan memenuhi perjanjian-Nya atas kita, adalah hal yang wajar bila Tuhan menuntut kita menjaga kehidupan yang kudus di hadapan-Nya dengan mengikuti segala perintah-Nya. Larangan dan perintah Tuhan bukan hal yang berat untuk dilakukan. Semua ini dilakukan dalam hubungan kasih. Ia memberikan segala yang terbaik untuk kita.

👉🏼 Tuhan sedemikian mengasihi gereja dan umat-Nya. Ia menginginkan kemurnian di dalamnya kerana itu Tuhan tidak mengizinkan gereja dikotori oleh motivasi yang cemar. Tuhan telah memilih anda untuk tujuan yang luar biasa. Pergunakanlah kesempatan jni. Hargai panggilan anda dan jangan sia-siakannya. Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: