Tuesday, March 30, 2021

Revival : 5 stones

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 πŸ‰ πŸ† πŸ‡ 🍈 🍐 πŸ‘ πŸ„ 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 πŸ” πŸ₯“ 🍱 🍣


Revival : 5 stones


1 Samuel 17:40 Then he took his staff in his hand; and he chose for himself five smooth stones from the brook, and put them in a shepherd’s bag, in a pouch which he had, and his sling was in his hand. And he drew near to the Philistine.

1 Samuel 17:40 (BM) Kemudian dia membawa tongkat gembalanya, dan mengambil lima biji batu yang bulat dari sungai, lalu menyimpan batu itu di dalam kantongnya. Dengan ali-ali siap di tangannya dia pergi menghadapi Goliat.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #89. Tahukah anda bahawa musuh rohani anda dapat dikalahkan? Daud hanya dengan bersenjatakan tongkat, lima batu licin yang diambilnya dari dasar sungai, kantung gembala dan umban, menghadapi musuhnya, Goliath.

🍞☕ Hari ini kita akan melihat kepada alat yang dipakai oleh Daud untuk menghadapi Goliath.

🦯 Tongkat
πŸ”ΉTongkat berbicara tentang kuasa otoritas yang dimiliki oleh seseorang. Tongkat gembala digunakan untuk memimpin serta menarik domba kembali ke jalan yang benar. Daud memiliki kuasa otoritas daripada Tuhan. Dalam kuasa-Nya, Daud mengalahkan Goliath dengan senjata yang digunakan iaitu 5 batu dan umban.

⚫ Batu pertama
πŸ”ΉSaya melihat batu pertama ini sebagai BATU IMAN. Daud memiliki iman yang teguh di dalam Tuhan. Daud tidak tergoyang dengan segala tohmahan dan gertakkan Goliath. Dia yakin bahwa Goliath dapat dikalahkan. Demikianlah juga dengan kita. Haruslah kita memiliki iman yang teguh di dalam Tuhan Yesus selalu. Tanpa iman, tidak mungkin kita dapat berkemenangan atas segala Goliath yang kita hadapi.

⚫Batu kedua
πŸ”Ή Saya melihat batu kedua ini sebagai BATU KEBENARAN. Daud bukan saja memiliki iman, tetapi juga dia mengenal kebenaran Firman Tuhan. Dia tahu siapakah Allah yang dia sembah. Dia tahu apakah kebenaran yang tertulis tentang Allah.

⚫ Batu ketiga
πŸ”Ή Batu ketiga adalah BATU KEYAKINAN. Daud yakin sekali dengan kebenaran Firman Tuhan. Dia memiliki iman yang teguh di dalam Tuhan dan Firman-Nya. Dia yakin bahawa Tuhan menyertainya dan Tuhan yang akan memberikan kemenangan bagi dia.

⚫ Batu keempat
πŸ”Ή Batu yang keempat ini adalah BATU KEBERANIAN. Daud memiliki keberanian yang luar biasa untuk melawan Goliath. Keberanian ini datangnya daripada iman, kebenaran firman-Nya serta keyakinannya di dalam Tuhan. Dia dapat melewati apa jua masalah dengan berani kerana Dia tahu bahawa Tuhan menyertainya.

⚫Batu kelima
πŸ”Ή Batu kelima ini adalah BATU NAMA TUHAN. Daud tidak bertindak secara terburu-buru ataupun tanpa tujuan. Dia bertindak bukan dengan kekuatannya sendiri. Dia bertindak melawan Goliath di dalam NAMA TUHAN. Nama Tuhan Yesus adalah menara yang teguh dan setiap yang yang berlindung kepada-Nya akan diselamatkan.

Saudara dan saudari sekalian, saat kita menghadapi segala Goliath di dalam hidup kita, adakah kita berbekalkan 5 batu ini? Dan yang terakhir adalah umban. Umban ini adalah FOKUS Daud. Dengan batu yang berada di dalam umban itu, Daud mengumban batu itu ke dahi Goliath lalu terbenam ke dalam tengkoraknya. Fokus Daud adalah dahi Goliath. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: