Wednesday, March 17, 2021

Revival : Betrayal of Trust

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Betrayal of Trust


Judges 16:5 And the lords of the Philistines came up to her and said to her, "Entice him, and find out where his great strength lies, and by what means we may overpower him, that we may bind him to afflict him; and every one of us will give you eleven hundred pieces of silver."

Hakim-Hakim 16:5 (BM) Lima orang raja Filistin datang kepada Delila dan berkata, "Pujuklah Simson untuk memberitahu kamu rahsia kekuatannya, dan caranya untuk menghilangkan kekuatannya supaya kami dapat datang untuk mengikat dia, dan mengalahkannya. Nanti tiap-tiap orang daripada kami akan memberi kamu 1,100 keping wang perak."


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #76. Tahukah anda bahawa orang sanggup mengkhianati satu dengan yang lain hanya kerana wang ringgit? Para pemimpin Filistin melihat adanya kesempatan untuk memperoleh keuntungan dari cintanya kepada Delila. Mereka meminta Delila untuk menemukan karena apa kekuatannya demikian besar. Apabila Delila berhasil melaksanakan tugasnya, maka setiap pemimpin orang Filistin masing-masing berjanji untuk membayar Delila seribu seratus keping uang perak.

🍞☕ Saya pasti bahawa ramai di antara kita yang pernah mengalami hal ini. Dikhianati oleh sahabat yang sangat dipercayai dan sebagainya. Begitu juga terjadi kepada Simson. Kenapa semua ini boleh terjadi...? Apa yang jahat di mata TUHAN, yang dilakukan oleh Simson? Salah satunya adalah kesukaannya pada wanita. Inilah kelemahan Simson, yang bertentangan dengan panggilannya sebagai nazir Allah, yang ditugaskan untuk melepaskan Israel dari bangsa Filistin. Kelemahan ini pula yang kemudian akan menjatuhkan dia. Dibelinya cinta Delila dengan rahasia kenazirannya. Tindakan yang sangat bahaya sebenarnya, kerana sudah nyata bahwa Delila akan menyerahkan dia ke tangan tentara Filistin. Demi wang, Delila tega menyerahkan orang yang mencintai dia. Simson sendiri terlalu percaya diri. Ia mengira bahwa kekuatan fisik akan menolong dia mengatasi segala situasi. Ia lupa akan ikrar kenaziran yang harus dipegang erat-erat. Sikap kompromi terhadap dosa membuat ia mengabaikan ikrar kenaziran satu persatu.

👉🏼 Sekiranya anda membaca tajuk sharing hari ini, iaitu Betrayal of Trust. Demikianlah juga Tuhan rasakan sekiranya kita mengkhianati Tuhan. Oleh kerana wang ringgit kita sanggup tinggalkan Tuhan. Oleh kerana cinta dengan yang tidak seniman, kita sanggup mengkhianati Yesus. Sekiranya saat kita sendiri dikhianati, kita merasa sedih, marah dan macam-macam lagi, bagaimana pula dengan perasaan Tuhan? Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: