Thursday, March 4, 2021

Revival : Our inheritance is the Lord

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Our inheritance is the Lord


Joshua 18:7 "But the Levites have no part among you, for the priesthood of the LORD is their inheritance. And Gad, Reuben, and half the tribe of Manasseh have received their inheritance beyond the Jordan on the east, which Moses the servant of the LORD gave them."

Yosua 18:7 (BM) Tetapi suku Lewi tidak akan mendapat bahagian tanah bersama-sama kamu, kerana bahagian mereka adalah mengabdi kepada TUHAN sebagai imam. Suku Gad, Ruben, dan Manasye Timur sudah mendapat tanah di sebelah timur Sungai Yordan, yang diberikan Musa, hamba TUHAN, kepada mereka.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #63. Tahukah anda bahawa mengabdikan diri kepada Tuhan adalah bahagian kita? Para imam dan orang Lewi tidak boleh memiliki warisan di dunia ini, kerana Allah sendirilah bagian dan warisan mereka. Secara prinsip, janji ini menjangkau semua orang percaya di dalam Kristus. Warisan kita bukan di bumi ini kerana di sini kita hanya pendatang dan orang asing. Kita harus mencari hal-hal sorgawi kerana Tuhan tinggal di situ.

🍞☕ Kepada kaum Lewi dan para imam, Tuhan telah menetapkan tentang apa yang menjadi bagian mereka. Kepada kaum imam, Tuhan memberikan bagian dari korban persembahan yang dibawa umat Israel ke kemah suci. Oleh kerana itu, Harun dan keturunannya tidak mendapatkan tanah pusaka. Mereka hidup langsung dari pemeliharaan Tuhan lewat persembahan umat. Kaum Lewi juga tidak mendapatkan tanah pusaka. Hidup mereka pun langsung dari pemeliharaan Tuhan melalui persembahan persepuluhan umat. Sebagai ucapan syukur dan pernyataan kebergantungan kepada Tuhan maka kaum Lewi juga wajib memberikan persepuluhan mereka untuk Harun dan keluarganya. Hidup mereka harus digunakan untuk melayani Allah di tempat ibadah. Oleh kerana itu pemeliharaan jasmaniah mereka harus disediakan oleh umat yang sesungguhnya juga dipelihara oleh Allah.

👉🏼 Jika Anda dipanggil Tuhan untuk melayani Dia, jangan khuatir, Tuhan pasti mencukupi keperluan Anda. Ada suatu kepastian dan jaminan hidup bagi setiap orang yang Allah panggil untuk melayani Dia dan umat-Nya yang melayani-Nya dengan setia. Tuhan adalah warisan kita. Takkan pernah kekurangan kita. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: