Tuesday, March 2, 2021

Revival : Passing down the baton

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Passing down the baton. 


Joshua 11:15  As the LORD had commanded Moses his servant, so Moses commanded Joshua, and so Joshua did. He left nothing undone of all that the LORD had commanded Moses.

Yosua 11:15 (BM)  TUHAN telah memberikan perintah-Nya kepada hamba-Nya Musa, lalu Musa memberikannya kepada Yosua; Yosua mentaati perintah-perintah itu. Dia melakukan segala sesuatu yang diperintahkan TUHAN kepada Musa.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #61. Tahukah anda bahawa kita harus memastikan bahawa perintah Allah diperturunkan kepada generasi yang seterusnya? Pelbagai peperangan telah dilalui Yosua dan umat Israel. Sejauh ini saat mereka taat benar pada perintah Tuhan kemenangan selalu didapatkan. Mereka belajar menjaga kekudusan, supaya peristiwa Ai tidak terulang. Mereka belajar untuk selalu mencari petunjuk dari Tuhan, supaya peristiwa dengan Gibeon tidak terulang. Sampai saat ini mereka sukses.

🍞☕ Perintah-perintah yang Tuhan berikan kepada kita haruslah kita ajarkan kepada generasi yang akan datang supaya mereka terus taat dan setia kepada Allah. Perintah-perintah yang Tuhan berikan kepada Musa, itu juga dinyatakan kepada Yosua oleh Musa. Jadi maksudnya, generasi yang dipimpin oleh Yosua sangat sedar dengan perintah-perintah yang sudah Tuhan berikan. Kunci kemenangan bangsa Israel  atas para musuh Tuhan bukan hanya pada jumlah tenteranya yang terlibat dalam peperangan itu. Juga bukan kerana strategi-strategi canggih yang disertai  pasukan yang kuat. Semua itu masih harus didasarkan pada ketaatan seratus peratus pada Tuhan dan firman-Nya. Dengan ketaatan seperti itulah Tuhan dapat leluasa berkarya melalui dan bagi kita untuk menggenapkan rencana agung-Nya.

👉🏼 Saudara dan saudari sekalian, betapa pentingnya bagi kita semua untuk menaati dan melakukan dengan setia segala perintah Allah. Segala firman-Nya telah diberikan kepada kita supaya kita bertindak Hati-hati dengan segala perintah-Nya. Menjadi tanggungjawab kita untuk mengajarkan segala ketetapan dan perintah-perintah-Nya kepada anak-anak kita, muda mudi kita dan juga kepada generasi yang akan datang. Before we leave this life, let us leave with a godly heritage for our children and the generations to come. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: