Friday, March 26, 2021

Revival : A foolish act

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : A foolish act


1 Samuel 13:13 And Samuel said to Saul, "You have done foolishly. You have not kept the commandment of the LORD your God, which He commanded you. For now the LORD would have established your kingdom over Israel forever.

1 Samuel 13:13 (BM) Samuel menjawab, "Perbuatan tuanku itu tindakan yang bodoh. Tuanku tidak mentaati perintah TUHAN, Allah tuanku, kepada tuanku. Jika tuanku taat, TUHAN pasti membenarkan tuanku dan keturunan tuanku memerintah Israel sampai selama-lamanya.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #85. Tahukah anda bahawa sekiranya kita melanggar perintah Allah, ia akan memberikan konsekuensi yang sangat fatal? A foolish act causes your destiny in the Lord be destroyed. Tuhan secara khusus telah memerintahkan Saul untuk tinggal di Gilgal menantikan kedatangan Samuel yang akan mempersembahkan korban dan memberikan pengarahan. Allah menguji ketaatan Saul dengan secara sengaja menunda kedatangan Samuel sampai melewati tujuh hari yang telah disetujui. 

🍞☕ Dalam perasaan putus asa dan angkuh, Saul sendiri langsung mempersembahkan korban bertentangan dengan firman Allah. Kerana Saul gagal menaati perintah Allah, Samuel memberitahukannya bahwa Allah akan mengambil kerajaan itu darinya. Walaupun Saul tetap bertakhta hingga akhir hidupnya, putranya Yonatan tidak akan menaiki takhta sebagai penggantinya. Ketaatan pada Tuhan bersifat mutlak. Dialah Raja sejati yang berdaulat penuh atas hidup umat manusia, baik ia rakyat biasa, pembesar, atau seorang raja sekalipun. Namun Saul, raja yang dipilih Tuhan, gagal untuk taat mutlak pada Tuhan. Alasan Saul tidak menaati firman Tuhan serupa dengan alasan yang sering kita pakai. Pertama, terdesak oleh keadaan kerana pasukan Filistin menjepit mereka. Kita pun sering berkata bahwa kita terpaksa melanggar firman Tuhan kerana kondisi mendesak kita, takut menghadapi kesulitan hidup, dsb. Kedua, tidak sabar menantikan jawaban atau pertolongan Tuhan. Seperti Saul tidak sabar menunggu Samuel, kita juga sering tak sabar menunggu jawaban Tuhan bila sedang menggumulkan sesuatu. Kita ingin secepat mungkin menyelesaikan masalah, tanpa peduli bila hal itu melanggar firman Tuhan.

👉🏼 Bukan kerana kalah berperang dengan Filistin, melainkan kerana tidak taat kepada firman Tuhan. Maka kita harus belajar untuk taat mutlak kepada Tuhan, dengan tidak mencari-cari alasan. Kegagalan kita bukan terutama kerana serangan iman dari luar, melainkan lebih sering kerana sikap hati kita yang tidak sepenuhnya bersedia tunduk pada Tuhan. Bagaimana dengan anda...? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: