Monday, April 19, 2021

Revival : God cares

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : God cares 


1 Kings 19:5  Then as he lay and slept under a broom tree, suddenly an angel touched him, and said to him, "Arise and eat."

1 Raja-Raja 19:5 (BM)  Dia berbaring di bawah pokok itu lalu tertidur. Tiba-tiba malaikat menyentuh dia dan berkata, "Bangunlah, dan makanlah."


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #109. Tahukah anda bahawa walaupun di dalam ribut taufan, Tuhan tetap memerhatikan kita? Allah menghadapi Elia yang patah semangat dengan sikap yang penuh pengertian dan perhatian.

🍞☕ Bagaimana Tuhan memerhatikan Elia yang ketakutan? Ia membiarkan Elia tidur. Ia memberi makanan kepada Elia. Ia mengunjungi Elia dengan sebuah penyataan yang mengagumkan tentang kuasa dan kehadiran-Nya. Ia memberikan penyataan dan petunjuk tambahan. Ia memberi kepada Elia seorang kawan yang sejiwa dan sehati. Dengan kata lain, ketika anak-anak Tuhan menjadi putus asa di tempat mereka ditaruh oleh Allah, melalui Kristus mereka dapat memohon kepada Allah untuk memberikan kekuatan, kasih karunia, dan semangat, serta menjadikan mereka mampu untuk menghadapi situasi di situ. Tuhan memberikan makanan yang cukup dan istirahat yang lelap agar Elia dapat memulihkan kekuatannya. Kita terkadang suka melabelkan pelbagai aktiviti kita sebagai "rohani" dan "duniawi", tetapi bagi Tuhan seluruh hidup kita terjadi di hadapan-Nya. Pembedaan itu tidak relevan di hadapan Tuhan. Dia peduli pada keseluruhan hidup kita.

👉🏼 Janganlah sampai terjadi Spiritual burn-out. Ini kerana kita tidak mengambil masa untuk diri kita bersekutu dengan Tuhan. Biar apa pun ribut taufan yang kita lewati, Tuhan ada di sana dan Dia amat peduli akan anda. Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: