Saturday, March 29, 2025

REVIVAL : You shall be My people

Sajian makanan rohani yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



REVIVAL : You shall be My people 



Jeremiah 30:22  ‘You shall be My people, And I will be your God. ’"

Yeremia 30:22 (AVB)  ‘Kamu akan menjadi umat-Ku dan Aku akan menjadi Allahmu.’”



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #88. Tahukah anda bahawa kita adalah umat-Nya? Bangsa Israel akan dibawa kembali untuk mengikat perjanjian dengan Allah, sesuai dengan perjanjian yang dibuat dengan nenek moyang mereka: Kamu akan menjadi umat-Ku. Pekerjaan Allah yang baik di dalam diri kitalah yang menjadikan kita menjadi suatu umat ... bagi nama-Nya. Aku akan menjadi Allahmu. Kehendak baik-Nya kepada kitalah yang merupakan inti dari bagian perjanjian itu.


🍞 ☕ Renungan hari ini adalah janji perjanjian kekal antara Tuhan dan umat-Nya. Tuhan ingin membangun kembali hubungan yang erat dengan umat Israel setelah masa pembuangan mereka. Ayat ini menunjukkan kasih setia Tuhan yang tidak pernah berubah, walaupun umat-Nya sering kali tidak setia.


3 Poin Utama:

1. Identiti sebagai Umat Tuhan

Tuhan menginginkan hubungan yang erat dengan umat-Nya. Menjadi umat Tuhan bererti hidup dalam kehendak-Nya, menaati perintah-Nya, dan setia kepada-Nya.

2. Tuhan sebagai Allah yang Sejati

Dalam dunia yang penuh dengan berhala dan ilah palsu, Tuhan menegaskan bahawa Dialah satu-satunya Allah yang benar. Dialah yang memberikan perlindungan, kasih, dan pemulihan kepada umat-Nya.

3. Kasih Setia Tuhan yang Kekal

Walaupun Israel sering memberontak, Tuhan tetap ingin memulihkan mereka dan menerima mereka kembali. Ini mengajarkan bahawa Tuhan sentiasa memberikan peluang untuk kita kembali kepada-Nya.

📝 Apakah yang dapat kita belajar hari ini...?


✅ Jadilah umat yang setia kepada Tuhan.
Hubungan kita dengan Tuhan harus berdasarkan ketaatan dan kesetiaan.

✅ Hanya Tuhan yang layak menjadi pusat hidup kita.
Jangan biarkan hal lain menggantikan tempat Tuhan dalam hati kita.

✅ Tuhan selalu membuka pintu pemulihan bagi kita.
Jika kita telah jauh dari Tuhan, kembalilah kepada-Nya, kerana Dia sentiasa menerima kita dengan kasih-Nya.

👉🏼 Firman Tuhan hari ini adalah janji indah dari Tuhan bahawa Dia ingin membangun kembali hubungan yang erat dengan umat-Nya. Kita dipanggil untuk hidup sebagai umat yang setia dan menjadikan Tuhan sebagai pusat hidup kita. Apakah respon kita hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengkaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: