Tuesday, October 13, 2015

You are God's Prayer House, Power House...

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang penuh dengan doa dan kuasa yang dipanjatkan dari rumah doa-Nya. Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

You are God's Prayer House, Power House....

Lukas 19:46 (TB)  kata-Nya kepada mereka: "Ada tertulis: Rumah-Ku adalah rumah doa. Tetapi kamu menjadikannya sarang penyamun."

Shalom saudara dan saudari sekalian.  Hari yang ke #285. Tahukah anda bahawa anda adalah rumah Tuhan di mana kuasa Tuhan dan Roh Tuhan ada di dalam anda, tinggal bersama anda? Hallelujah 🙌 🔥 🔥 🔥. Ramai yang sedang membangunkan bangunan gereja ⛪ yang cantik, yang luarbiasa, yang di mana apabila orang melihat mereka terus terpesona dengan kecantikan Interior gereja itu dari seri dekorasi, lampu-lampu hiasan, warna, atmosphere tempat itu dan sebagainya. Dan itu juga yang menjadi  satu faktor di mana semua orang tertarik untuk pergi ke gereja itu sebab  selesa dan orang bilang... Best bha itu...! Tetapi tahukah anda bahawa Tuhan tidak berminat dan tidak pun pandang betapa cantiknya, indahnya, luarbiasanya bangunan yang dibina oleh manusia, bangunan fizikal itu...tetapi Tuhan berminat dengan rumah yang dibina oleh Tuhan, Rumah Doa-Nya, Rumah KuasaNya, iaitu anda, diri anda sendiri. GOD IS INTERESTED NOT IN MAN MADE BUILDING, BUT HE IS INTERESTED IN THE BUILDING WHICH HE IS BUILDING, THAT IS YOU! Kamu adalah bait suci Allah.....! Bagaimana keadaan bait suci itu?

1. You're His Prayer House
Yesaya 56:7 (TB)  mereka akan Kubawa ke gunung-Ku yang kudus dan akan Kuberi kesukaan di rumah doa-Ku. Aku akan berkenan kepada korban-korban bakaran dan korban-korban sembelihan mereka yang dipersembahkan di atas mezbah-Ku, sebab rumah-Ku akan disebut rumah doa bagi segala bangsa.

» Semua orang mempunyai kunci. Ada yg simpan kunci basikal,  kunci motosikal, kunci kereta, kunci rumah dan macam macam kunci. Tetapi mereka tidak mempunyai kunci ini..... KUNCI YANG AKAN MELEPASKAN KEBANGKITAN DIKALANGAN JEMAAT TUHAN, BAGI SETIAP SUKU KAUM DAN BANGSA, BAGI GEREJA GEREJA, DAN UNTUK PERIBADI. Kuncinya adalah DOA. Kamu harus menggunakan kunci ini untuk membuka pintu kebangkitan dalam kehidupan rohani kamu. Kemudian Pergunakanlah kunci DOA ini utk membuka pintu kebangkitan kepada setiap suku bangsa kaum dan bahasa, bahkan kepada negara kamu juga. Yesus mengatakan "Kepadamu akan Kuberikan kunci Kerajaan Sorga. Apa yang kauikat di dunia ini akan terikat di sorga dan apa yang kaulepaskan di dunia ini akan terlepas di sorga." Pergunakanlah kunci DOA ini sebaik mungkin, seberapa lama yang mungkin. Berdoa dan tetap berdoa!

» Apakah yang menajiskan Rumah Doa Tuhan adalah dosa-dosa yang tersembunyi dan yang sedang terjadi di dalam Rumah Doa-Nya, hati kita, kerohanian kita. Kita menjadikannya sebagai sarang penyamun! Anda telah dipanggil untuk menjadi rumah doa, rumah yang senantiasa berdoa bagi bangsa-bangsa dan juga rumah yang senantiasa menerima bangsa-bangsa di mana anda pergi dan menjangkau jiwa-jiwa yang masih terhilang.

» Tidak salah kalau kita mau mendekorasi bangunan gereja ⛪ yang fizikal. Tetapi apa yang lebih penting adalah tubuh kita, diri kita, kerohanian kita, bait suci Allah. Jangan kita menjadi sibuk sangat dengan mendekorasi bangunan gereja, sehinggakan kita tidak mengizinkan Tuhan untuk "mendekorasikan" kerohanian kita.

2. You're His Power House...
Matius 28:18 (TB)  Yesus mendekati mereka dan berkata: "Kepada-Ku telah diberikan segala kuasa di sorga dan di bumi.

Markus 3:15 (TB)  dan diberi-Nya kuasa untuk mengusir setan.

» Tuhan telah berikan kuasaNya kepada kita semua. He has deposited His Power in us. Kuasa Nama-Nya, kuasa Roh Kudus yang sedang bekerja di dalam kita dan melalui kita. Kuasa kebangkitan-Nya yang sedang berkarya di dalam hidup kita mentransformasikan kita dari dalam ke luar. Revival is about God encountering His people. It's is about God unleashing His glory and power upon us. TUHAN Yesus mengatakan bahawa "segala kuasa telah diberikan kepada-Nya." Maksudnya kuasa otoritas, kuasa pemerintahan, dan semua macam kuasa ada pada Dia dan kuasa yang sama juga telah diberikan kepada kita supaya Tuhan dapat mendemonstrasikan kuasaNya di dalam kita dan melalui kita. Bukan kerana kuat gagah kita namun oleh kerana kuasa RohNya yang sedang bekerja di dalam kita. Hallelujah 🙌 🔥 🔥 🔥...  Be the vessel's of His glory, power and fire.

Apabila rumah Tuhan berkumpul bersama dan berdoa, di situ ada kuasa yang luarbiasa yang akan terjadi. Doa yang penuh dengan kuasa yang boleh menghancurkan dan menerobosi setiap tembok tembok dan setiap halangan, mematahkan setiap pekerjaan iblis, mematahkan setiap belenggu yang terikat, meniadakan setiap kutukan atas generasi ini dan bangsa-bangsa kita. Hallelujah 🙌 🔥 🔥 🔥........  Amen..... Amen...

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

+_=ShErKaRL KuGaN=_+
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: