Thursday, November 5, 2015

You cannot contain it...

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang penuh dengan kuasa kebangkitan dan kuasa Roh Kudus untuk kita terus menerus memberitakan Injil keselamatan kepada semua orang. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

You cannot contain it......

Kisah Para Rasul 4:20 (TB)  Sebab tidak mungkin bagi kami untuk tidak berkata-kata tentang apa yang telah kami lihat dan yang telah kami dengar."

Shalom saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #309. Tahukah anda bahawa Revival Tidak dapat simpan simpan, tetapi harus diceritakan kepada semua orang.? Ya, apabila kita telah merasakan kebangkitan rohani dalam kehidupan kita maka kita harus dan mesti menyatakan kepada semua orang?

1. Supaya cerita tentang Tuhan diperturunkan kepada generasi yang akan datang.

» kita diselamatkan supaya kita menceriterakan segala perbuatan Tuhan yang dahsyat dan ajaib. Kebangkitan rohani yang terjadi dalam satu generasi itu harus diperturunkan kepada generasi yang akan datang supaya kebangkitan rohani itu tidak menjdi sekadar cerita sejarah, tetapi itu menjadi hidup dan masih ftesh dalan hati setiap orang supaya ada lagi kegerakan dan kerinduan untuk satu kebangkitan rohani yang luar biasa dalam hati setiap peribadi yang mendengarnya.

2. Satu generasi baru yang takut akan Tuhan terbentuk.

» Tuhan sedang membentuk, membangunkan satu generasi yang lain. Satu generasi yang tidak pedulikan dinding dinding denominasi. Satu generasi yang bergerak tanpa mengira bangsa atau kaum ataupun denominasi. Satu generasi yang bersatu, dan bergerak ke arah kebangkitan rohani. Kenapa kita harus menceritakan tentang apa yang telah Tuhan lakukan kepada generasi ini supaya mereka akan takut akan Tuhan dan mereka juga akan turut bersepakat berkerja untuk kebangkitan rohani.

Jangan jadikan kebangkitan rohani itu sebagai satu topik sejarah, tetapi biar itu menjadi segar dalam hati kita supaya kerinduan untuk kebangkitan rohani tetap menyala-nyala dalan hati kita, roh kita. Ceritakan tentang perbuatan Tuhan yang dahsyat dan luar biasa dan sebarkan api kebangkitan rohani itu....!

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

+_=ShErKaRL KuGaN=_+
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: