Wednesday, February 17, 2016

I Am the God of Revival...

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang penuh dengan pernyataan Tuhan yang benar.  Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

I Am the God of Revival....

Keluaran 3:15 (TB)  Selanjutnya berfirmanlah Allah kepada Musa: "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel: TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub, telah mengutus aku kepadamu: itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan itulah sebutan-Ku turun-temurun.

Shalom saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #48. Tahukah anda bahawa Tuhan adalah tetap Tuhan di atas segala sesuatu? Tuhan tidak pernah melihat anda sebagai pendosa, namun Dia melihat anda penuh dengan kasih. He orchestrated Revival in your life so that you would revive and return to Him. Dalam Firman Tuhan yang kita baca hari ini ada satu kebenaran yang tersembunyi dan kita akan melihat apakah itu.... Ketika Musa bertanya kepada Tuhan... Apakah yang harus dijawabnya kepada rakyat Israel tentang siapa itu Tuhan maka di situ Tuhan menjawab bahawa "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel: TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub, telah mengutus aku kepadamu: itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan itulah sebutan-Ku turun-temurun". Di sinilah kita akan menemukan jawapannya...

1. I Am the God of Revival...
Keluaran 3:15 (TB)  Selanjutnya berfirmanlah Allah kepada Musa: "Beginilah kaukatakan kepada orang Israel: TUHAN, Allah nenek moyangmu, Allah Abraham, Allah Ishak dan Allah Yakub, telah mengutus aku kepadamu: itulah nama-Ku untuk selama-lamanya dan itulah sebutan-Ku turun-temurun.

🍞☕ Dia adalah Allah Abraham, Allah Ishak... Dan kenapa Tuhan tidak mengatakan bahawa Dia adalah Allah Israel tetapi Dia mengatakan bahawa Dia adalah Allah Yakub. Israel bermaksud Putera manakala Yakub ada seorang penipu dan mengambil hak kelahiran sebagai anak sulung dengan tipu dayanya. Apa yang saya mau sampaikan di sini adalah, Tuhan bukan hanya Tuhan di saat kemenangan anda, namun Dia juga adalah Tuhan  di saat kegagalan anda, di dalam kesusahan anda, di dalam kekecewaan anda, di dalam segala situasi buruk anda Dia tetap adalah Tuhan yang dapat melakukan mujizat untuk anda...! He is a God who is able to create a miracle in condition critical. He wasn't just God when Jacob becomes Israel but He was God even when Jacob was named Jacob. Tuhan dapat membangkitkan anda biarpun anda masih dalam kegelapan, bukan sahaja ketika anda telah diselamatkan tetapi juga di saat anda di dalam kegelapan, Tuhan bisa dan sanggup membangkitkan anda kembali. He is interested in your life, your heart and all about you. He is the God of Revival.

Tuhan bisa bekerja di dalam hidup anda biar apapun situasi hidup anda. Tuhan sanggup menjangkau anda. Tuhan mampu menyelamatkan anda. Tuhan berkenan kepada anda. Sepertimana Tuhan mampu mengubah seorang penipu kepada seorang putera, demikian juga Tuhan sanggup mengubah hidup anda dari kegelapan kepada TerangNya yang ajaib. Dia sanggup melakukan mujizat yang luarbiasa di dalam hidup anda. Apakah anda masih tidak mahu berbalik kepada TUHAN daripada jalan-jalan kita yang jahat? Apakah respon anda hari ini...?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: