Thursday, April 12, 2018

Revival : Run the race. Never stop

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣 Pagi 🌅 🌄 yang menggerakkan kita untuk terus berlumba dengan penuh semangat. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : Run the race. Never stop

Galatians 5:7 (NKJV)  You ran well. Who hindered you from obeying the truth?

Galatia 5:7 (TB)  Dahulu kamu berlomba dengan baik. Siapakah yang menghalang-halangi kamu, sehingga kamu tidak menuruti kebenaran lagi?

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #102. Tahukah anda bahawa kita semua sedang berlumba lari bersama? The life of a Christian is a race, wherein he must run, and hold on, if he would obtain the prize. It is not enough that we profess Christianity, but we must run well, by living up to that profession. Setiap kita yang percaya kepada-Nya sedang berlari dalam satu trek perlumbaan di mana penghujungnya terdapat satu hadiah 🎁 yang luarbiasa sedang menantikan kita. Terkadang ada yang kecundang di pertengahan jalan dan juga yang menyimpang, ada yang menjadi letih tidak ada stamina untuk terus berlari, ada give up atas beberapa faktor lain and only one finished strong.

☕ 🍞 Apa yang menyebabkan dia tidak dapat berlumba lagi? Adakah kekecewaan dalam pelayanan membuatkan anda untuk tidak bersemangat untuk terus berlumba? Ketahuilah bahawa bukan manusia yang memilih dan memanggil anda, Tuhan Yesus yang memilih dan memanggil anda di antara jutaan orang di dunia ini. Adakah anda merasakan sepertinya "terpaksa" melakukan pelayanan? Ketahuilah bahawa Yesus tidak dipaksa untuk mati bagi dosa kita, Dia sanggup. Adakah anda sedang melewati macam-macam situasi di dalam hidup anda dan itu melumpuhkan anda untuk melayani Tuhan? Fokuskan pandangan anda kepada Tuhan Yesus dan berani "berjalan" di atas air, di atas segala badai yang menerpa anda. Adakah anda merasakan bahawa tidak ada seorang pun di dalam tim pelayanan anda yang dapat memahami anda? Ketahuilah bahawa anda dipanggil bukan untuk menyenangkan hati manusia tetapi menyenangkan Tuhan Yesus. Adakah anda merasakan terkadang sepertinya anda seorang saja yang sedang melakukan semua? Ketahuilah bahawa seorang hamba yang setia tidak akan membandingkan dirinya dengan yang lain serta akan tetap setia melakukan apa yang dipercayakan kepadanya.

Apakah yang sedang menghalang anda untuk terus berlari? Sudahkah anda mengenalpasti perkara itu? Terkadang kita memerlukan seseorang yang dapat dipercayai di mana anda dapat mengongsikan masalah yang sedang anda hadapi dan minta dorongan serta sokongan doa supaya anda dapat teruskan perlumbaan yang telah ditetapkan untuk anda. Ketahuilah bahawa kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita.  Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita itu kepada kesempurnaan. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: