Thursday, April 26, 2018

Revival : Sword of the Spirit

Sarapan pagi 🌅 yang lazat dan enak. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : Sword of the Spirit

Ephesians 6:17 (NKJV)  And take the helmet of salvation, and the sword of the Spirit, which is the word of God;

Efesus 6:17 (TB)  dan terimalah ketopong keselamatan dan pedang Roh, yaitu firman Allah,

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #116. Tahukah anda bahawa kita memiliki pedang ⚔? Ini bukan pedang ⚔ samurai ataupun pedang power rangers, tetapi ini adalah Pedang Roh. Firman Allah dilambangkan dengan berbagai macam lukisan. Yang mana lebih Anda hayati? Firman sebagai makanan rohani, sebagai cermin, atau sebagai zat hidup? Mengapa dalam bagian Alkitab ini, firman diumpamakan sebagai pedang Roh? Kita tak boleh lupa bahawa kita sedang berada dalam medan peperangan rohani. Alkitab bahkan memaparkan bahawa seluruh dunia sedang dalam peperangan. Orang hanya mungkin ada di pihak Allah atau di pihak Iblis. Peperangan itu sangat dahsyat sebab musuh kita berbahaya, jahat, licik, dan punya kuasa besar. Maka dalam peperangan rohani kita didesak agar kuat, tak lemah, memakai seluruh perlengkapan perang Ilahi dan tak mengabaikan satu pun di antaranya. Tuhan tidak menginginkan kita terluka dalam perang rohani apalagi kalah. Maka Ia membekali kita dengan senjata lengkap. Khususnya pedang Roh yaitu firman Allah, harus menjadi senjata pertahanan dan penyerangan ampuh yang memberi kemenangan.

☕ 🍞 Firman Allah itu hidup dan berkuasa, lebih tajam daripada pedang bermata dua. Firman itu menusuk sampai ke batas antara jiwa dan roh, sampai ke batas antara sendi-sendi dan tulang sumsum. Firman Allah menghakimi fikiran dan niat hati manusia. Perlengkapan terakhir adalah firman Allah yang merupakan pedang Roh. Yesus melawan serangan iblis dengan firman Allah. Kita tidak tahu bila dan bagimana iblis akan menyerang. Itulah sebabnya kita harus siap sedia, dengan setiap hari menjadikan firman Allah santapan kita dan setiap hari kita wujudkan dalam hidup. Kita harus selalu siap sedia dan berdiri tegap, hidup adil dan benar sehingga Iblis tidak mendapat kesempatan untuk menjatuhkan kita.

Kita harus mempunyai dasar dan kekuatan untuk melakukan firman Tuhan dan memenangkan peperangan itu, kita perlu selalu membaca firman Tuhan dan berdoa. Firman Tuhan, pedang ⚔ bermata dua. Apabila anda mendeklarasikan Firman Tuhan di dalam segala situasi dan keadaan anda, anda akan melihat kuasa-Nya yang bekerja. Iblis akan lari lintang pukang kerana dia tahu bahawa anda memiliki pedang Roh iaitu Firman Tuhan di dalam anda. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: