Thursday, January 14, 2016

Revival is faith against doubts...

Sarapan 🍳 ☕ 🍝 🍜 🍞 🍲 🍚 🍘 🍙 🍛 🍖 🍗 🍗 🍱 🍣 🍩 🍪 🍇 🍒 🍓 🍉 🌽 pagi 🌅 ☀ 🌞 yang memperkuatkan iman kepercayaan yang mengalahkan keraguan di dalam kita. Ayuh kita nikmati bersama sajian surgawi ini.

REVIVAL is faith against doubts

Yohanes 20:27-29 (TB)  Kemudian Ia berkata kepada Tomas: "Taruhlah jarimu di sini dan lihatlah tangan-Ku, ulurkanlah tanganmu dan cucukkan ke dalam lambung-Ku dan jangan engkau tidak percaya lagi, melainkan percayalah."
Tomas menjawab Dia: "Ya Tuhanku dan Allahku!"
Kata Yesus kepadanya: "Karena engkau telah melihat Aku, maka engkau percaya. Berbahagialah mereka yang tidak melihat, namun percaya."

Shalom saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #14. Tahukah anda bahawa biarpun ramai yang sudah mengalami kebangkitan rohani dalam hidup mereka, namun masih lagi ada yang meragui akan pekerjaan Tuhan dalam hidup mereka, sekeliling mereka, dan juga mereka meragui apakah semua ini benar? Perkara sedemikian bukan saja terjadi di zaman Yesus, tetapi juga pada 4hb Oktober 1973, semasa terjadinya kebangkitan rohani di Bario, ramai "orang-orang yang percaya" menentang pergerakan Roh Kudus dan juga cuba menyekat pergerakan Revival itu. Biarpun mereka ini Digelar "orang-orang yang percaya", entah apa yang mereka percaya, tetapi mereka mengatakan bahawa itu semuanya tidak alkitabiah dan cuba melumpuhkan semangat pemuda pemudi pada masa itu yang telah mengalami kebangkitan rohani itu. Tetapi Roh Kudus bergerak dan bekerja dengan luarbiasa.

Ramai yang adakalanya meragui pekerjaan Tuhan. Contohnya apabila Tuhan menjamah seseorang yang tidak pernah mengalami kebangkitan rohani dan juga tidak tahu dan tidak percaya tentang berbahasa Roh, dan kemudian orang tersebut dibaptiskan dalam Roh Kudus dan mulai berbahasa Roh, dan pada akhirnya orang tersebut mulai ragu-ragu tentang apa yang telah terjadi sehinggakan keraguan itu menjadi halangan untuk dia terus maju di dalam Tuhan. REVIVAL is to set you free from doubts. Ramai yang macam Thomas, melihat baru mau percaya, itupun belum pasti lagi samada mereka akan percaya atau tidak.

Semasa Revival terjadi pada 4hb Oktober 1973 di Bario, ramai juga menentang pekerjaan Roh Kudus bahkan mereka juga mengatakan bahawa itu adalah pekerjaan roh jahat dan cuba melumpuhkan semangat pemuda pemudi pada masa itu. Tetapi Roh Kudus bergerak dengan radikal dan luarbiasa. Pencurahan-Nya tidak dapat dihalangi dan ramai yang telah mengalami perubahan yang luarbiasa dalam hidup mereka pada masa itu sehinggakan ada yang mengatakan bahawa "ini bukan dari Tuhan".

Keraguan membunuh iman. Ketidak percayaan membuka pintu bagi keraguan untuk masuk dan dia akan mencuri, membunuh dan membinasakan.  Janganlah biarkan diri anda diselubungi oleh keraguan. REVIVAL sepatutnya membuatkan untuk terus maju di dalam Tuhan dan bukannya memenuhi hidup anda dengan keraguan. Kenapa boleh ragu-ragu? Kerana tidak ada perhubungan yang intim dengan Tuhan, tidak merenungkan Firman Tuhan, tidak memuji dan menyembah Tuhan, menyibukkan diri dengan hal-hal dunia sehinggakan tidak ada masa untuk bersekutu dengan Tuhan dan fellowship bersama saudara seiman. REVIVAL is faith against doubts. Apakah respon anda hari ini?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

+_=ShErKaRL KuGaN=_+
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: