Saturday, August 1, 2020

Revival : Chosen for Salvation

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Chosen for Salvation 

2 Thessalonians 2:13 But we are bound to give thanks to God always for you, brethren beloved by the Lord, because God from the beginning chose you for salvation through sanctification by the Spirit and belief in the truth,

2 Tesalonika 2:13 (TB) Akan tetapi kami harus selalu mengucap syukur kepada Allah karena kamu, saudara-saudara, yang dikasihi Tuhan, sebab Allah dari mulanya telah memilih kamu untuk diselamatkan dalam Roh yang menguduskan kamu dan dalam kebenaran yang kamu percayai.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #214. Tahukah anda bahawa kita dipilih untuk diselamatkan? Paulus mengucap syukur. Mengapa? Kerana ia yakin bahwa gereja di Tesalonika tidak akan dihukum, sebab Tuhan mengasihi mereka. Buktinya, mereka telah dipilih, diselamatkan, dan dikuduskan oleh Roh Kudus di dalam kebenaran Injil Yesus Kristus. Gereja, termasuk semua orang yang beriman dan taat kepada Yesus Kristus, diuntukkan Allah untuk menerima kemuliaan, bukan untuk menerima kebiasaan. Patutlah kita bersyukur.

☕ 🍞 Bagaimana orang dapat selamat? Jawabnya hanya satu, iaitu hanya oleh kerana kasih-Nya yang memilih dan hikmat-Nya yang mengatur segala sesuatu, maka Injil dapat diberitakan kepada dan diterima oleh seseorang. Inisiatif Allah tidak membuat orang boleh tidak merespons Injil. Juga kedahsyatan kuasa dan karya Allah tidak meniadakan keterlibatan para hamba-Nya. Allah dalam kasih-Nya memilih mendahului respons orang terhadap-Nya. Sebaliknya dari meniadakan, pilihan Allah itu justru membangkitkan respons percaya orang yang dipilih-Nya. Akibat atau bukti pilihan kekal itu akan terlihat dalam sikap nyata orang untuk memilih percaya kepada kebenaran Injil dan menyambut dorongan Roh untuk menguduskan hidupnya. Dalam kenyataan hidup kita sehari-hari akan terlihat apakah kita orang pilihan Allah atau bukan.

👉🏼 Kita dikasihi oleh Tuhan, kerana Allah telah memilih mereka dari mulanya. Ia telah mengasihi kita dengan kasih yang kekal. Mengenai pemilihan Allah ini kita dapat mengamati bahawa pemilihan ini dilakukan sejak dari mulanya, bukan sejak permulaan Injil, melainkan sejak permulaan dunia, sebelum dunia dijadikan. Kemudian, tujuan mengapa kita dipilih, iaitu untuk menerima keselamatan, keselamatan yang utuh dan kekal dari dosa dan kesengsaraan, dan menikmati segala sesuatu yang baik sepenuhnya. Sarana untuk mencapai tujuan ini, iaitu pengudusan oleh Roh dan dalam kepercayaan pada kebenaran. Dengan begitu, ketetapan mengenai pemilihan ini menghubungkan tujuan dengan sarananya, dan keduanya tidak boleh dipisahkan. Kita tidak dipilih oleh Allah kerana kita kudus, melainkan supaya kita dapat menjadi kudus. Kerana kita telah dipilih oleh Allah, maka kita tidak boleh hidup sekehendak hati kita. Sudahkah kita mencapai tujuan pemilihan serta panggilan hidup kita? Iaitu menjadi Kudus? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: