Tuesday, December 1, 2020

Revival : In His time

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : In His time


Genesis 21:2 For Sarah conceived and bore Abraham a son in his old age, at the set time of which God had spoken to him.

Kejadian 21:2 (TB) Maka mengandunglah Sara, lalu ia melahirkan seorang anak laki-laki bagi Abraham dalam masa tuanya, pada waktu yang telah ditetapkan, sesuai dengan firman Allah kepadanya.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #336. Tahukah anda bahawa janji Tuhan pasti terjadi tepat pada waktu-Nya? Demikianlah Ishak dilahirkan sesuai dengan janji itu. Tuhan melawat Sara dalam belas kasihan, seperti yang sudah dikatakan-Nya. Perhatikanlah, tidak satu pun dari firman Allah akan jatuh ke tanah dengan sia-sia. Sebab Dia yang telah berjanji adalah setia, dan kesetiaan Allah merupakan penopang dan penyokong iman umat-Nya. Ishak lahir pada waktu yang telah ditetapkan, sesuai dengan firman Allah. Janji Allah selalu tepat waktu. Walaupun belas kasihan yang dijanjikan-Nya tidak datang pada waktu yang kita tetapkan, belas kasihan itu pasti akan datang pada waktu yang Dia tetapkan, dan itulah waktu yang terbaik.

☕ 🍞 Arus kehidupan ini terkadang membuat kita kehilangan arah dan fokus. Namun Tuhan setia. Ia menepati janji-Nya pada waktunya. Percayalah dan kita akan terkejut melihat betapa dahsyat janji dan firman Tuhan. Firman Tuhan kita hari ini mengungkapkan kepedulian Allah kepada keluarga pilihan, Abraham dan Sara, juga kepada Hagar dan Ismael yang dibuang oleh mereka. Allah menggenapi janji kepada Abraham mengenai ahli warisnya. Ishak adalah penggenapan janji itu . Seperti yang difirmankan oleh Tuhan demikianlah janji-Nya digenapi. Apa yang telah Tuhan firmankan kepada anda, pasti akan terjadi seturut janji-Nya! Delay does not mean that denial. Detour does not mean distraction. Beautiful in His time! Jika anda baca bab bab yang sebelum ini, berkali-kali Tuhan mengulangi janji yang sama dan juga meneguhkan janji-Nya kepada Abraham bahawa dia akan ada seorang waris hasil perkahwinan Abraham dan Sara. Dan Abraham percaya! Saudara dan saudari sekalian, janji Tuhan adalah seperti anak yang tidak kelihatan yang berada di dalam rahim. Apabila tiba masanya dilahirkan, barulah anda melihat rupa wajah anak anda.

👉🏼 Tuhan pedulikan keadaan hidup anda saat ini. Apapun ya g sedang terjadi sekarang, percayalah bahawa Tuhan telah sediakan jalan keluarnya. Mujizat anda is just around the corner. Beautiful in His time. Hallelujah 🙌🔥 🔥 🔥! Takkan patah semangat kita. Takkan hilang kekuatan kita apabila kita terus berpegang kepada janji-Nya. Bagaimana dengan anda? Apakah respon anda hari ini...?


You are the revivalist...! 
#SpreadRevival #GreaterMovement 

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion 
http://sherkarl.blogspot.com

** Selain daripada membaca renungan ini, saya menyarankan agar anda juga mengaji, merenungkan serta menggali lebih dalam Firman Tuhan. Jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: