Saturday, February 25, 2017

Revival : Greater works yet to be done

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 yang menggerakkan kita untuk melakukan pekerjaan yang telah dipercayakan kepada kita oleh Tuhan. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : Greater works yet to be done.

Titus 1:5 (NKJV)  For this reason I left you in Crete, that you should set in order the things that are lacking, and appoint elders in every city as I commanded you-–

Titus 1:5 (AVB)  Aku telah meninggalkanmu di Kreta supaya kamu dapat melaksanakan segala hal yang masih perlu diselesaikan serta melantik tua-tua di setiap kota seperti yang telah kuarahkan kepadamu.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #56. Tahukah anda bahawa Tuhan tidak meletakkan anda di sesuatu tempat dengan sengaja? Ada alasan kenapa anda berada di mana anda ada sekarang. Di mana anda berada sekarang, ada banyak peluang untuk melakukan pekerjaan yang dahsyat dan luarbiasa. Di mana anda berada sekarang, di situ masih ada jiwa-jiwa yang terhilang menantikan kabar baik Injil. Masih banyak lagi kerja yang perlu diselesaikan di tempat yang anda berada sekarang.

1.  Greater works yet to be done.
1 Korintus 16:9 (AVB)  kerana pintu untuk melakukan pekerjaan besar telah terbuka luas bagiku walaupun ramai orang yang menentang.

☕ 🍞 Di mana pun kita berada, itulah ladang pelayanan kita. Ladang yang menantikan siapa yang akan datang untuk mengusahakannya. Ladang yang subur terbentang luas sedang menanti anda, sekaranglah masanya untuk kita terus bergerak maju dan memanfaatkan setiap kesempatan yang ada. God positions us in dark situations so we can bring transformation. Paul left Titus in Crete to change things,  to bring in the Kingdom. God has left us in whatever place we are in with the same purpose, to transform it.

Kenapa anda berada di mana anda berada sekarang? Kerana masih ada perkara yang belum beres. Perkara apa yang masih belum beres? Pekerjaan Tuhan melalui hidup anda belum beres lagi. Tuhan perlukan anda di tempat itu. Kerana lewat anda ada perkara besar yang Tuhan telah sediakan. Bagaimana dengan anda? Adakah anda sedang melakukan apa yang Tuhan telah percayakan kepada anda? Anda dan saya punya satu tanggungjawab yang besar dan harus dilaksanakan dengan segera dan dengan segenap hati kita. You are not born just to grow up, study, work, get married, pay bills and die. You are destined for greater works. Apakah respon anda hari ini....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: