Saturday, February 11, 2017

Revival : To seek the Lord

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 yang menggerakkan kita untuk terus mencari wajah Tuhan. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.

Revival : To seek the Lord

Luke 12:31 (NKJV)  But seek the kingdom of God, and all these things shall be added to you.

Lukas 12:31 (TB)  Tetapi carilah Kerajaan-Nya, maka semuanya itu akan ditambahkan juga kepadamu.

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #42.  Tahukah anda bahawa mencari wajah Tuhan adalah lebih baik daripada mencari hal-hal dunia yang tidak kekal? Di zaman super modern ini,  ramai yang sibuk mencari harta kekayaan, nama,  status, populariti. Satu "keinginan" yang memimpin kita kepada kebinasaan. Memang manusia memerlukan semua itu tetapi MENCARI WAJAH TUHAN DAN BERSEKUTU DENGAN-NYA harus diutamakan dan dilakukan bukan kerana keterpaksaan, namun oleh kerana cinta kasih kita kepada Tuhan.

1.  To seek the Lord
Matius 6:33 (TB)  Tetapi carilah dahulu Kerajaan Allah dan kebenarannya, maka semuanya itu akan ditambahkan kepadamu.

☕ 🍞 Orientasi hidup yang mengandalkan Tuhan akan membuahkan sikap hidup yang berlawanan dari yang mengandalkan harta. Tuhan tahu bahwa kita memerlukan harta untuk hidup tetapi menghendaki agar kita mencari Kerajaan Tuhan terlebih dahulu. Orientasi hidup yang mendahulukan keamanan hidup pada harta dan bukan kepada Tuhan dan Kerajaan-Nya adalah ketamakan dan kebodohan! Kerajaan 👑 Allah adalah semuanya tentang kedaulatan Tuhan, pemerintahan Tuhan, keagungan Tuhan, Kedahsyatan Tuhan, kemuliaan Tuhan. Kerajaan Allah penuh dengan kuasa dan kekuatan.

Tuhan menyatakan kepada kita untuk "mencari wajah-Ku", persoalan di sini adalah: Apakah yang dimaksudkan oleh kalimat "mencari wajah-Ku?" Komitmen kita untuk mencari wajah Tuhan adalah melalui segenap hati dan jiwa kita. Apakah yang sedang kita cari hari ini?  Mencari Tangan Tuhan yang memberkati atau pun kita sedang mencari wajah Tuhan supaya kemulianNya terpancar sinar terang...? Orang - orang yang benar benar mencari Tuhan adalah lewat daripada ketaatan dan kesetiaannya kepada Tuhan. Apakah respon anda hari ini.....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: