Thursday, February 23, 2017

Revival : The need of disciple making

Sarapan 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🌭 🌮 🌯 🍝 🍖 🍕 🍗 🍟 pagi 🌅 yang menggerakkan kita untuk melihat mengapa pentingnya pemuridan. Ayuh kita menikmati bersama sajian surgawi ini.

Revival : The need of disciple making.

Matthew 5:2 (NKJV)  Then He opened His mouth and taught them, saying:

Matius 5:2 (AVB)  Dia pun mula mengajar mereka:

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #54. Tahukah anda bahawa pemuridan adalah sangat penting? Kenapa? Kerana itu adalah perintah Tuhan Yesus kepada kita. Kenapa? Kerana jiwa-jiwa yang masih tersesat harus diajarkan tentang kebenaran Firman Tuhan yang menyelamatkan mereka. Kenapa? Kerana tanpa kebenaran yang kukuh di dalam hidup mereka, mereka dengan senangnya diperdaya oleh iblis dengan janji-janji manis yang menghala ke kebinasaan. Kenapa? Kerana di situlah kita terus mendorong satu dengan yang lain untuk terus maju dan bergiat di dalam Tuhan Yesus. Tetapi masalahnya sekarang adalah masing-masing sibuk dengan aktiviti gereja dan sebagainya sehinggakan tidak memberikan kepentingan kepada pemuridan. Kotbah hari minggu tidak cukup untuk jemaat kita. Ibadah muda-mudi tidak cukup untuk generasi ini. Harus ada pemuridan. Tuhan Yesus mempergunakan setiap masa dan peluang yang ada untuk mengajarkan segala sesuatu kepada murid-Nya.

1.  The need of disciple making
Matius 28:19-20 (AVB)  Oleh itu pergilah, jadikan semua bangsa murid-Ku. Baptislah mereka dengan nama Bapa, Anak dan Roh Kudus.
Ajar mereka supaya taat akan segala perkara yang telah Kuperintahkan kepadamu. Aku akan sentiasa bersamamu, hingga ke akhir zaman.

☕ 🍞 Jesus said go and make disciples. You #LoveGod and #LovePeople no matter what race, background, status,  rich or poor.  Everyone needs Christ. Yesus tidak mengatakan bahawa "pergilah dan perbanyakkanlah aktiviti gereja..." Jikalau aktiviti gereja berpusatkan kepada pemuridan yang efektif memang bagus sudah itu. Kotbah hari minggu tidak cukup untuk membuat seseorang itu makin berakar dan bertumbuh di dalam Tuhan Yesus. Harus ada follow up. Discipleship must be functional. Bukan saja bila sesuatu terjadi baru mau bertindak membuat pemuridan tetapi pemuridan ith harus ada selalu supaya iman kita tetap teguh pada Tuhan Yesus dan tidak mudah tergoda kepada tipu muslihat iblis dan juga "orang sebelah".

Seorang pemudi yang saya kenal, dulu dia datang ke sini untuk belajar hampir terperangkap dengan cinta "orang sebelah". Dia mengikuti satu kemah keluarga anjuran gereja,  di sana dia mengalami satu transformasi yang luarbiasa lalu jiwa itu dimenangkan, dimuridkan dan sekarang dia salah seorang daripada pemimpin di gereja. Kenapa dia boleh berada di mana dia ada sekarang? Kerana pemuridan yang efektif. Sekarang ini ramai yang memenangkan jiwa, itu sangat bagus tetapi bukan setakat itu saja harus ada Follow up dan pemuridan supaya jiwa baru itu tetap di dalam Tuhan. Jadi, apakah respon anda hari ini.....?

You are the revivalist...!

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: