Sunday, September 9, 2018

Revival : The Call

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣

Revival : The Call

Exodus 3:10 (NKJV)  Come now, therefore, and I will send you to Pharaoh that you may bring My people, the children of Israel, out of Egypt."

Keluaran 3:10 (TB)  Jadi sekarang, pergilah, Aku mengutus engkau kepada Firaun untuk membawa umat-Ku, orang Israel, keluar dari Mesir."

Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #252. Tahukah anda bahawa Tuhan telah mengutus anda untuk membawa balik bangsa-bangsa  kepada-Nya? Terkadang kita ragu-ragu dengan panggilan Tuhan ke atas hidup kita lalu kita tidak melakukannya. Kita ketinggalan daripada melakukan panggilan Tuhan. Adalah  keistimewaan bagi kita apabila Tuhan telah memanggil kita dan memilih kita untuk melakukan kehendak-NYA. Terkadang juga kita menolak untuk melakukan panggilan-Nya kerana ketidakyakinan di dalam diri kita akan panggilan Tuhan, ada juga kerana rasa penolakan daripada orang di sekeliling kita, ada juga kerana merasa malu, ada juga mungkin kerana tubuh jasmani yang tidak sihat. Tuhan mengutus Musa untuk membawa bangsa Israel keluar daripada Mesir tetapi Musa menolak dengan pelbagai alasan.

☕ 🍞 Mengapa Musa menolak panggilan Tuhan untuk menolong umat Israel yang sedang menderita perbudakan di Mesir? Bukankah hati Allah yang peduli kepada penderitaan umat-Nya sudah diungkapkan dengan jelas? Musa menolak panggilan ini kerana dulu ia pernah ditolak oleh bangsanya sendiri.  Musa memandang rendah pada dirinya dan merasakan tidak layak menjalankan tugas panggilan Tuhan tersebut. Bertahun-tahun dia  hidup dengan menternak, mungkin membuat ia merasa tidak percaya diri untuk menghadapi manusia. Musa tidak merasa yakin bahawa orang Israel bersedia menerima dia sebagai seorang utusan Allah. Ia merasa belum mantap akan nama Tuhan yang mengutusnya. Macam-macam lagi alasan yang Musa berikan. Terkadang kita juga seperti Musa memberi macam-macam alasan untuk tidak melakukan panggilan Tuhan.

Saudara dan saudari sekalian, panggilan Tuhan adalah sangat istimewa kepada kita dan janganlah terlepas daripada melakukan kehendak-NYA. Terkadang kita tidak sanggup melepaskan hal-hal duniawi ini dan melakukan panggilan Tuhan. Soalan yang pertama kita tanya kepada Tuhan apabila Dia memanggil kita, "SIAPAKAH AKU INI TUHAN?" Orang-orang yang tidak mengenal identitinya di dalam Kristus Yesuslah yang selalu bertanya soalan begini. Yang membuat pelayanan kita berhasil bukan kerana betapa hebatnya kita melainkan siapa Allah yang mengutus kita! Dia adalah Allah yang berdaulat untuk menyertai dan memperlengkapi kita. Oleh sebab itu, kita harus mengandalkan Dia dalam segala hal yang Ia percayakan seturut kehendak-Nya, dengan cara-Nya, sesuai waktu-Nya. Yang penting kita siap sedia dibentuk, taat diatur, dan berserah diri untuk diutus-Nya. Jadi adakah anda pun sedang berdolak-dalih dengan Tuhan? Adakah anda melakukan panggilan-Nya saat Dia memanggil anda? Adakah ribuan alasan yang anda kumpulkan untuk katakan kepada Tuhan? Apakah respon anda hari ini.....?

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: