Saturday, September 8, 2018

Revival : Live before God

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Live before God


Genesis 48:15 (NKJV)  And he blessed Joseph, and said: "God, before whom my fathers Abraham and Isaac walked, The God who has fed me all my life long to this day,

Kejadian 48:15 (TB)  Sesudah itu diberkatinyalah Yusuf, katanya: "Nenekku dan ayahku, Abraham dan Ishak, telah hidup di hadapan Allah; Allah itu, sebagai Allah yang telah menjadi gembalaku selama hidupku sampai sekarang,


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #251. Tahukah anda bahawa kita harus "hidup" di hadapan Tuhan? Kebangkitan rohani terjadi di dalam hidup kita adalah supaya kita "hidup" di hadapan Tuhan. Bukan hanya fizikalnya sahaja tetapi juga rohaninya. Jika fizikal kita hidup tetapi rohaninya tidak hidup, apalah gunanya itu? Fizikal yang hidup di hadapan Tuhan ada tubuh jasmani yang beribadah kepada Tuhan baik dari segi penyembahan maupun di dalam pelayanan. Rohani yang hidup di hadapan Tuhan adalah rohani yang senantiasa mengalami pertumbuhan di dalam Tuhan Yesus iaitu melalui berdoa, merenungkan Firman Tuhan, taat dan setia, terus beriman dan sebagainya.

☕ 🍞 Saudara dan saudari sekalian, hidup yang kita miliki sekarang adalah pemberian Tuhan Yesus. Jikalau bukan kerana apa yang telah Tuhan Yesus lakukan di Kayu Salib, sudah pasti kita masih di dalam dosa dan tidak ada pengampunan. Rohani yang mati dan fizikal yang jauh daripada Tuhan. Tuhan Yesus mati ganti bagi dosa-dosa kita. Hidup yang kita hidup sekarang adalah milik-Nya kerana Dialah yang menggantikan posisi kita dan menanggung semua dosa kita padahal kebenarannya ialah Dia TIDAK BERDOSA lalu memberikan kehidupan yang kekal kepada semua orang yang percaya kepada-Nya. Jika Dia yang telah memberikan hidup ini, maka kita sepatutnya dan seharusnya hidup bagi Dia dan hidup di hadapan Dia. Yakub meninggalkan anak-anaknya dengan sebuah teladan iman yang tekun kepada Allah dan suatu kesaksian bahawa Allah telah menggembalakannya sepanjang hidupnya, membebaskannya dari semua bahaya.

Jikalau anda baca 📖 kembali ayat ini, di dalam terjemahan lain katanya, "walked - berjalan", "disembah" dan "hidup di hadapan" bermaksud  tokoh-tokoh iman yang di dalam Alkitab mereka hidup bergaul bersama Tuhan. Mereka berjalan bersama Tuhan. Mereka menyembah Tuhan. Mereka hidup (baik fizikal mahupun rohani) di hadapan Tuhan. Kita mengatakan bahawa Yesus adalah Sahabat kita yang setia, adakah kita sedang bergaul dengan Tuhan? Kita mengatakan bahawa diri kita pengikut Yesus, adakah kita menggunakan hidup ini untuk melayani Tuhan? Kita mengatakan bahawa kita percaya kepada Tuhan, adakah kita berpegang kepada firman-Nya dan segala ketetapan-Nya? Marilah kita sama-sama berusaha untuk hidup di hadapan Tuhan. Setiap kita ada track perlumbaan masing-masing, ayuh kita mengakhirinya dengan cemerlang. Apakah respon anda hari ini.....?

Kolose 3:3 (TB)  Sebab kamu telah mati dan hidupmu tersembunyi bersama dengan Kristus di dalam Allah.

You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: