Saturday, October 27, 2018

Revival : The Lord heeded the voice of a man.

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival :The Lord heeded the voice of a man.


Joshua 10:14  And there has been no day like that, before it or after it, that the LORD heeded the voice of a man; for the LORD fought for Israel.

Yosua 10:14 (TB)  Belum pernah ada hari seperti itu, baik dahulu maupun kemudian, bahwa TUHAN mendengarkan permohonan seorang manusia secara demikian, sebab yang berperang untuk orang Israel ialah TUHAN.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #300. Tahukah anda bahawa Tuhan mendengar doa anda? Ya, kebarangkalian anda merasakan sepertinya Tuhan Yesus tidak mendengar seru doa anda lalu anda putus asa, kecewa, tidak ada semangat dan iman sudah goncang. Doa yang lahir dari iman akan menyelamatkan orang sakit itu dan Tuhan akan membangunkan dia; dan jika ia telah berbuat dosa, maka dosanya itu akan diampuni. Doa orang yang benar, bila dengan yakin didoakan, sangat besar kuasanya.

☕ 🍞 Tidak dapat disangkal bahawa setiap kemenangan atas peperangan yang dirayakan Israel dan Yosua terjadi kerana penyertaan Tuhan yang ajaib dan dahsyat. Tuhan berperang bersama dan bagi mereka. Tindakan Tuhan menahan matahari dan bulan memiliki akibat ganda. Bagi para musuh, mental mereka menjadi lemah, tawar hati, bahkan hancur. Sebaliknya Yosua dan prajurit Israel makin bersemangat menuntaskan peperangan itu hingga semua musuh musnah. Di sini kita melihat sikap responsif Yosua dan Israel. Mereka tidak berpangku tangan menyaksikan kedahsyatan Tuhan menghancurkan musuh melainkan mengambil bagian dalam karya Tuhan itu, dengan tidak kenal lelah. Dulu kerana tidak beriman, umat Israel harus mengelilingi padang gurun selama empat puluh tahun. Mereka tidak dapat masuk Tanah Kanaan. Kini dengan iman, Israel bersama panglima mereka, Yosua, memberi diri dipimpin Allah sebagai Panglima Tertinggi masuk dan mengalahkan para musuh.

Apa yang disampaikan oleh kisah ini adalah, kita perlukan campur tangan Tuhan Yesus dalam perjalanan hidup kita melewati semua "peperangan" serta cabaran dan rintangan yang kita temukan. Tuhan Yesus tidak pernah berjanji bahawa kehidupan Kristian tenang, aman damai tanpa apa² masalah, cabaran serta rintangan. Tetapi Tuhan Yesus berjanji menyertai kita sampai ke akhir zaman. Dia juga memberikan janji-Nya kepada kita. Hampir tiga ribu lebih janji-janji Tuhan di dalam Alkitab untuk menuntun hidup kita. Ketahuilah bahawa Tuhan mendengarkan semua seru doa anda dan akan melakukan hal-hal yang dahsyat dan luarbiasa bagi anda. Jangan takut melihat "musuh" iaitu segala cabaran, dugaan dan rintangan tetapi Majulah bersama Tuhan Yesus dan libatkan diri anda dalam "peperangan" itu bersama Tuhan. Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: