Wednesday, October 17, 2018

Revival : Tent of meeting

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Tent of meeting


Deuteronomy 31:15 (NKJV)  Now the Lord appeared at the tabernacle in a pillar of cloud, and the pillar of cloud stood above the door of the tabernacle.

Ulangan 31:15 (TB)  Dan TUHAN menampakkan diri di kemah itu dalam tiang awan, dan tiang awan itu berdiri pada pintu kemah.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #290. Tahukah anda bahawa saat anda berseru kepada Tuhan, Dia hadir di sana menjawab seruan anda? Di saat anda melewati perjalanan kehidupan ini, ada masanya kita dilanda badai dan taufan, ke manakah anda akan pergi? Jika jawapan anda "kepada Tuhan", betul sekali jawapannya. Setiap kali kita melewati segala cabaran dan dugaan di dalam hidup kita, kita menjadi tidak menentu lalu kita mencuba segala kaedah untuk mengatasi masalah itu. Tapi kita lupa bahawa ada Seorang Pribadi yang sedang menantikan anda untuk berseru kepada-Nya untuk pertolongan.

☕ 🍞 Setiap kita harus memiliki kemah ⛺ kita. Saya tidak bermaksud untuk anda pergi membeli kemah. Tidak. Kemah yang saya maksudkan adalah bilik anda, your secret place with God. Di situlah saat teduh anda, mencari wajah Tuhan Yesus serta mendengar Dia berbicara kepada anda. Di situlah anda diperkasakan kembali. Dulu pada zaman Musa, hadirat Tuhan hadir dalam bentuk tiang awan dan api. Sekarang tidak ada tiang awan, tetapi api 🔥 ada! Tahu api apakah itu? Ya betul! Api Roh Kudus. Roh Kudus dikirim kepada kita untuk menolong kita, memimpin kita, juga untuk mengajar dan membentuk kita. Apabila anda masuk ke "kemah" anda, di situ hadirnya hadirat Tuhan bertemu dengan anda dan berbicara dengan anda. Di dalam kemah itu kita menyembah Tuhan. Di dalam kemah itu kita menaikkan dupa doa kita. Di dalam kemah itu kita dijamah, diperkuatkan dan diutus untuk melakukan pekerjaan yang dahsyat dan luarbiasa.

Tent of meeting is a place where you are refreshed and renewed. Jangan abaikan saat teduh anda kerana di situlah tempat jiwa kita disegarkan kembali. Your heart may be weary and troubled, go to the tent 🎪 and meet your Savior! The righteous shall run to His, our strong fortress and take refuge in Him. Sudahkah anda pergi ke kemah pertemuan anda hari ini? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: