Friday, October 5, 2018

Revival : Never turn aside

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : Never turn aside


Deuteronomy 11:16 (NKJV)  Take heed to yourselves, lest your heart be deceived, and you turn aside and serve other gods and worship them,

Ulangan 11:16 (TB)  Hati-hatilah, supaya jangan hatimu terbujuk, sehingga kamu menyimpang dengan beribadah kepada allah lain dan sujud menyembah kepadanya.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #278. Tahukah anda bahawa ada bahayanya jikalau kita menyimpang daripada kebenaran Tuhan? Bagi orang Israel, hal mendengar sangat penting, bahkan menjadi satu pengakuan utama. Mendengar di sini menunjuk pada kesungguhan mendengar dan melakukan Firman Tuhan. Ini menjadi syarat agar mereka memiliki kekuatan memasuki negeri yang telah Tuhan janjikan. Itu juga menjadi syarat agar mereka memiliki umur panjang dan menikmati kehidupan dengan segala berkat yang berkelimpahan di tanah Kanaan. Negeri itu dipelihara Tuhan sepanjang tahun dengan hujan pada masanya, tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan dan rumput untuk ternak mereka. Ini menggambarkan adanya kecukupan bahkan kelimpahan berkat yang mereka terima ketika sungguh-sungguh mendengar perintah dan mengasihi TUHAN, Allah. Tetapi mereka harus berhati-hati supaya tidak menyimpang dan beribadah kepada allah lain. Hal seperti itu membangkitkan murka Tuhan yang dapat meniadakan hujan atau tanpa berkat bagi tanah mereka dan mereka pun dibinasakan.

☕ 🍞 Dahulunya kita sangat memerlukan Tuhan Yesus untuk campur tangan di dalam hidup kita. You know, kerohanian kita makin melarat, hidup di dalam dosa, dan macam-macam lagi. Saat Tuhan Yesus membangkitkan kita kembali, kita wow dengan penuh semangat, totally all out for God. Lalu kita diberkati dengan berkelimpahan, makmur, dan sebagainya tetapi perlahan demi perlahan, sedikit demi sedikit, kita makin menyimpang daripada kebenaran Firman Tuhan, makin menjauh daripada Tuhan, semangat yang dulu kian hari kian pudar. Sehinggakan kita mengabdikan diri kita kepada "allah" lain. Bahaya sedang menanti anda! Inilah peringatan yang Musa berikan kepada generasi baru yang akan memasuki tanah perjanjian itu. Pokoknya, jangan lupakan Tuhan. Inilah nasihat Musa.

Zaman ini pun lebih kurang sama saja seperti pada zaman Musa. Ramai yang mengejar status dan pangkat. Pelayanan dijadikan periuk nasi mereka. Yang kaya makin kaya dan tidak menolong yang miskin. Ketamakan menjadi "allah" mereka. Wang dan kekayaan menjadi "allah" mereka. Sehingga tidak ada lagi kebenaran firman-Nya di dalam hidup kita. Keadaan ini sudah amat parah. Kita membiarkan hati kita disesatkan lalu menyimpang daripada kebenaran Firman-Nya. Jikalau kita sudah mengalami kuasa Tuhan di dalam hidup kita, tetaplah beribadah kepada Tuhan Yesus dan janganlah menyimpang daripada kebenaran itu. Kerana kebenaran itulah yang akan memerdekakan kita daripada segala ikatan dan belenggu. Berhati-hatilah di dalam perjalanan kerohanian kita. Jangan sampai kerana kemewahan dunia, kita sanggup menyimpang. Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: