Thursday, December 6, 2018

Revival : The Anointed one of God

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣


Revival : The Anointed one of God



1 Samuel 26:9  But David said to Abishai, "Do not destroy him; for who can stretch out his hand against the LORD's anointed, and be guiltless? "

1 Samuel 26:9 (TB)  Tetapi kata Daud kepada Abisai: "Jangan musnahkan dia, sebab siapakah yang dapat menjamah orang yang diurapi TUHAN, dan bebas dari hukuman?"



Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang ke #340. Tahukah anda bahawa kita tidak boleh sembarangan merencanakan hal-hal yang buruk terhadap orang yang diurapi oleh Tuhan? Daud menolak untuk membunuh Saul kerana telah memperoleh keyakinan bahawa Allah sendiri akan menyingkirkan Saul dan bahwa Daud akan menjadi raja pada saat yang ditetapkan Allah. Situasi Daud dan Saul yang unik jangan dianggap sebagai alasan untuk membiarkan para pemimpin rohani dalam gereja terus berdosa dan berbuat jahat. Alasan Daud tidak membinasakan Saul ialah karena hal tersebut bukan haknya. Tuhanlah yang mengurapi Saul, Saul bertanggung jawab sepenuhnya kepada Allah. Hanya Allah yang memiliki hak untuk melakukan tindakan apa pun terhadap Saul. Daud menghormati Tuhan, maka ia pun menghormati Saul, betapa pun Saul tidak pantas dihormati.

☕ 🍞 Saul bukanlah masalah Daud lagi. Daud mengatakan "Tuhan yang mengurapi Saul maka biar Tuhan yang uruskan Saul..." Ini menunjukkan bahawa Daud memiliki banyak peluang untuk membunuh Saul, tetapi disebabkan Saul adalah orang yang diurapi oleh Tuhan maka Daud tidak mahu mengapa-apakannya.

Terkadang kita sebagai hamba Tuhan memiliki perasaan yang demikian juga sepertimana Saul miliki, iaitu :

🔴 Kecemburuan
🔴 Iri hati
🔴 Marah
🔴 Menghakimi
🔴 Mau memburukkan seseorang

Dan macam-macam lagi. Walaupun Saul mengancam untuk membunuh Daud, namun Daud tidak bertindak sedemikian rupa. The Bible says "touch not the anointed one of God". Siapakah kita untuk menghakimi ataupun memburukkan nama seorang hamba Tuhan? Tuhan yang mengurapinya biar Tuhan yang berurusan dengannya. Yang kita mampu lakukan ialah berdoa bagi orang itu. Apakah untungnya jika kita mau menjatuhkan dan merosakkan nama seseorang itu? Daud memiliki hikmat yang luarbiasa di dalam hal ini. Biarpun dia berpeluang untuk membunuh Saul namun dia tidak melakukannya tetapi berserah kepada Tuhan.

Ini bukannya bermaksud anda tidak boleh menegur seseorang itu. Menegur dan menghakimi adalah dua perkara yang berbeza. Mendoakan dan memburukkan adalah dua perkara yang berbeza. Memang pada zaman ini tidak ada yang "membunuh" tetapi perbuatan kita terkadang seolah olah "membunuh" seorang hamba Tuhan itu. Bagaimana dengan anda? Adakah anda menyimpan perasaan seperti yang ada pada Saul? Ataupun anda seperti Daud? Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: