Sunday, December 23, 2018

Revival : Sold your soul to the devil

Sarapan pagi yang lazat dan enak yang disediakan untuk kita semua. Ayuh kita menjamu selera bersama sajian surgawi ini.
🍳 🍳 🍉 🍆 🍇 🍈 🍐 🍑 🍄 🍎 🍏 🍌 🍦 🍧 🍨 🌭 🍟 🍔 🥓 🍱 🍣



Revival : Sold your soul to the devil



1 Kings 21:20  So Ahab said to Elijah, "Have you found me, O my enemy? " And he answered, "I have found [you,] because you have sold yourself to do evil in the sight of the LORD:

1 Raja-raja 21:20 (TB)  Kata Ahab kepada Elia: "Sekarang engkau mendapat aku, hai musuhku?" Jawabnya: "Memang sekarang aku mendapat engkau, karena engkau sudah memperbudak diri dengan melakukan apa yang jahat di mata TUHAN.


Shalom dan salam Revival kepada saudara dan saudari sekalian. Hari yang #357. Tahukah anda bahawa manusia sanggup" menjual" jiwanya kepada iblis hanya kerana dahagakan kuasa dan populariti? Ahab ternyata bukanlah orang yang susah dinasihati. Ia memang membenci Elia, kerana Elia menghalangi dia melakukan berbagai hal yang ia inginkan. Namun, ketika Elia memberikan teguran kepada Ahab, ia masih punya cukup hati nurani untuk menyadari bahwa ia memang bersalah. Ia tidak memberikan perlawanan kepada Elia.

☕ 🍞 Pernah sekali saya menonton film King Arthur. Cerita di dalam King Arthur ialah, seorang pemerintah yang zalim, gilakan kuasa dan bersuhabat dengan roh jahat. Pemerintah ini sebenarnya adik kepada Raja yang sebenarnya tetapi kerana gilakan kuasa, dia sanggup membunuh abangnya iaitu Raja yang sebenarnya. Lalu setiap kali yang jahat itu mahukan sesuatu, dia harus mengorbankan sesuatu atau seseorang yang sangat dikasihinya. And there's a scene where the evil spirit says "if you desire further help, you know what the price is.." Lebih kurang begitulah. Demikianlah juga sewaktu saya mengambil masa berdoa untuk pilihan raya yang lepas, Tuhan memperlihatkan apa yang sedang terjadi di alam rohani dan demikianlah orang atasan sanggup menjual jiwanya kepada iblis hanya kerana nafsu kuasa.

Mungkin kita mengatakan bahawa hal sedemikian tidak terjadi di kalangan orang Kristian 😂... Siapa cakap tidak ada? Kadang orang gereja juga yang gila kuasa sanggup melakukan apa sahaja hanya untuk berada di dalam kepimpinan / ada kuasa pentadbiran. Jadi saudara dan saudari sekalian, jangan bermain main dengan roh jahat sehinggakan sanggup menggadaikan iman dan jiwa anda kepada iblis hanya sekadar merasakan kepuasan yang sementara itu. Jikalau kita betul² mengasihi Yesus, maka kita juga akan dengan sepenuh hati mengikuti Dia dan bukan seperti Ahab ini. Apakah respon anda hari ini....?


You are the revivalist...!
#SpreadRevival

Tuhan Memberkati...!

In His Majestic service,

†_=ShErKaRL KuGaN=_†
TFGM's Daily Devotion
http://sherkarl.blogspot.com

** jika kamu diberkati lewat perkongsian ini, maka jadilah saluran berkat bagi mereka yang lain dengan mengongsikan berkat ini.**

No comments: